Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Wanita Subur Selepas Bersalin Walaupun Tidak Datang Haid

Bakal Bapa

KAKAK saya baru melahirkan anak sulung. Selepas usia bayinya mencapai enam bulan, dia disahkan hamil kali kedua.

Masalahnya, dia belum pernah didatangi haid sejak lepas bersalin. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku?

 Adakah selamat untuk mengadakan hubungan seks tanpa langkah pencegahan hamil selepas bersalin? Adakah perlu mengamalkan langkah pencegahan kehamilan sejurus mula melakukan seks selepas bersalin walaupun belum didatangi haid?

NUR

Jawapan

SESEORANG ibu mulai subur seawal dua minggu selepas bersalin. Tidak didatangi haid tidak bermakna wanita tidak subur.

Sekiranya ibu terbabit mengamalkan penyusuan badan eksklusif (sepenuh­nya atau hampir sepenuh­nya), ia dapat mengelakkan kehamilan dengan syarat ia tidak didatangi haid serta bayi itu berusia di bawah empat bulan. Kaedah ini dinamakan kaedah penyusuan amenorea (LAM).

Jika kakak anda tidak mengamalkan kaedah LAM, dia sebenarnya sudah subur walaupun tidak didatangi­ haid. Terdapat banyak kaedah pencegah kehamilan yang berkesan seperti pil berhormon, suntikan hormon, alat dalam rahim, implan dan seumpamanya.

Sumber: HMetro

Google Tag Search Result: