Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Wanita Solehah

Wanita Beriman Serta Beristiqomah Dalam Melakukan Amal-amal Kebajikan.

Wanita yang memiliki iman yang mantap – Dalam menjalani kehidupan bermasyarakat yang berbilang bangsa, para muslimah sentiasa terdedah kepada cabaran iman di samping cabaran dan godaan dari syaitan. Oleh itu kaum wanita perlulah melengkapi dan mengisi jiwa mereka dengan keimanan yang kukuh untuk mengelakkan diri mereka dari godaan-godaan tersebut.

Wanita yang rajin beribadat – setiap individu sama ada lelaki atau perempuan yang terbaik amal ibadatnya maka mereka layak untuk memasuki syurga Allah.

Wanita yang mempunyai sifat taqwa – ianya merupakan satu sifat yang mulia yang mana bermula dengan sifat malu. Sabda Rasulullah s.a w., “Malu itu sebahagian dari iman ” Maksud malu disini ialah :

– Malu kepada Allah s.w.t. dalam setiap gerak-geri sama ada dari perkataan, perbuatan serta pengakuan. Malahan niat kita mestilah mengarah kepada matlamat bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, tidak ada sesuatu pun yang berlaku kecuali semuanya ada di dalam ilmuNya.

– Malu kepada Rasulullah s.a.w. dengan melakukan segala bentuk amal soleh dan mengikut segala sunnahnya demi untuk membalas jasa Rasulullah yang bersusah payah menegakkan Islam di bumi ini.

Wanita yang cergas beramal soleh dan amal kebajikan – Setiap amalan kebajikan mestilah ada manfaat kepada orang ramai. Seperti melibatkan diri dalam amalan keagamaan atau kebajikan sosial. Wanita mesti cergas membela nasib mereka sendiri kerana mereka sendiri yang lebih arif dalam permasalahan mereka.

Wanita yang ikhlas melakukan sedekah sebahagian dari harta miliknya.

Leave a Reply