Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Empat Dari Lima Wanita British Mengaku Tidak Mandi Setiap Hari

Wanita Mandi

Empat daripada lima wanita British mengaku jarang mandi setiap hari, hasil kajian yang dilaporkan oleh The Telegraph.

Hasil kajian yang melibatkan lebih 2,000 responden berusia dari 18 hingga 50 tahun itu mendedahkan, wanita British tidak mempedulikan aspek kebersihan tubuh badan mereka sendiri.

Kajian mendapati, empat dari lima wanita British mengaku tidak mandi setiap hari, 33% lagi mengaku tidak pernah mandi selama tiga hari dan 67% mendedahkan tidak membersihkan solekan di wajah mereka sebelum tidur.

Letih dan penat, menjadi alasan mereka setelah sibuk dengan rutin seharian. Malah lebih teruk lagi, satu daripada lapan wanita mengaku tidak mengosok gigi sebelum tidur dan 21% wanita mandi pada waktu pagi dengan cepat setiap hari.

Walau bagaimanapun, 57% wanita British memilih untuk membersihkan badan dengan tisu basah meskipun mengetahui cara itu tidak membersihkan tubuh badan mereka 100%.

92% wanita British mengaku sedar akan pentingnya menjaga kebersihan diri, 67% faham jika kurang tidur dan dehidrasi akan memberi kesan yang buruk pada kecantikan kulit.

Kajian itu juga mendapati, 89% dari respon berjanji akan menjaga kebersihan pada masa akan datang.

Menurut Firma Flint + Flint, kesibukan tugas menyebabkan ramai wanita tidak mandi sebelum pergi bekerja.

“Jika trend tidak mandi ini berterusan, wajah wanita British akan cepat kelihatan tua daripada usia sebenar akibat kekurangan air dalam tubuh badan,”

– The Telegraph.