TERBAIK UNTUK ANDA :
ISTERI saya baru bersalin. Bilakah masa sesuai untuk melakukan kembali hubungan intim suami isteri. Ada pendapat mengatakan selepas 100 hari baru boleh bersama isteri.
SUAMI INGIN TAHU
Johor
Selepas melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih. Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk pulih dan jahitan luar pula antara 7-14 hari untuk pulih.
Jika wanita itu menjalani prosedur pembedahan Ceasearean untuk melahirkan anak, pemulihan luka melebihi tiga minggu. Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu pantang sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.
Bagaimanapun, wanita disyorkan menjalani pemeriksaan fizikal dan kesihatan seksual enam minggu lepas bersalin untuk doktor pastikan anggota reproduktifnya pulih dan parut kulit tidak radang sebelum doktor memberi kata putus, sama ada suami isteri boleh melakukan hubungan seks.
Ketika doktor melakukan pemeriksaan lepas bersalin, pasangan boleh meminta doktor menjelaskan perancangan keluarga dan hubungan seks ringan jika isteri sihat.
Mungkin sebelum seks penetratif dilakukan, pasangan boleh mencuba seks tanpa penetrasi dengan rangsangan luaran.
Apabila semua percubaan itu berjaya dan selesa, mungkin cara biasa seperti kedudukan suami di atas boleh dilakukan dan mengikut keselesaan isteri. Untuk enam bulan pertama, memang hubungan seks menjadi cabaran untuk kedua-dua pihak.`
Sumber:hmetro.
Incoming search terms:
- seks selepas bersalin
- tanda tanda datang haid
- seks lepas bersalin
- hubungan intim selepas bersalin
- bila boleh bersama suami selepas bersalin
- bersama selepas bersalin
- hamil selepas bersalin
- bersama suami selepas bersalin
- seks selepas bersalin pembedahan
- persetubuhan selepas bersalin


















Saya baru lepas sebulan bersalin. Tapi anak meninggal dalam kandungan 28 minggu. Berat anak 650g. Saya melahirkan anak normal dan induced. Tapi alhamdulillah tidak mengalami luka yang memerlukan jahitan maybe sebab anak kecil. Sy diberi cuti bersalin 2 bulan dan berpantang mcm biasa. Saya nak tanya bila masa sesuai untuk bersama suami semula untuk mendapatkan zuriat. Terima kasih