Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Tersembelih Kambing Bunting Untuk Aqiqah, Apakah Hukumnya?

Soalan

Saya telah menyembelih seekor kambing untuk tujuan membuat Aqiqah, setelah siap dilapah saya dapati kambing tersebut mengandungkan anaknya yang sudah berlembaga. Hal ini saya tidak ketahui sebelum menyembelihnya adakah sah Aqiqah saya dan apa hukum sembelihan tersebut?

Jawapan

Aqiqah saudara itu sah hukumnya, walaupun kambing yang disembelih itu bunting. Lebih-lebih lagi apabila saudara tidak mengetahuinya yang dari mula kambing itu bunting. Hukum anak yang di dalam perut ibunya, jika telah dilapah didapati mati, maka halal dimakan kerana anaknya itu dihukum sebagai sudah disembelih dengan penyembelihan ibunya, tetapi jika hidup, maka hendaklah disembelih pula untuk membolehkan makan dagingnya. Bagaimana sekalipun keadaan anaknya itu , maka aqiqah ibu kambing itu tetap sah.

sumber: http://soaljawab.jais.gov.my

Google Tag Search Result: