Tentang BiH
BLOG IBU HAMIL
Blog ini ditulis oleh Mustaffa & Nur Fatihah (isteri). Isi kandungan blog adalah bukan 100% daripada idea penulis. Kebanyakan kandungan blog didapati melalui hasil pembacaan buku, emel, jurnal kesihatan, blog kehamilan dan pengalaman pembaca dan pengalaman isteri saya.
Blog ini dibina sebagai sumber rujukan ibu-ibu hamil dan bakal bapa supaya mengetahui serba sedikit mengenai kehamilan. Sekurang-kurangnya dengan ada sedikit pengetahuan melalui Blog Ibu Hamil ini, anda sudah/dapat bersedia untuk menimang cahaya mata.
Saya sebagai seorang bapa muda menimba ilmuĀ kehamilan isteri melalui pelbagai sumber. Jangan malu bertanya daripada yang lebih berpengalaman. Amalan-amalan (pantang-larang) orang lama boleh diamalkan sekiranya difikirkan perlu.
Pada masa akan datang, saya akan menambah kandungan Blog Ibu Hamil Ini berpandukan kronologi seperti dari awal perkahwinan, mengandung, bersalin, dalam pantang, pendaftaran kelahiran di JPN dan seterusnya.
Semoga BLOG IBU HAMIL dapat membantu anda. Sekian..
p/s: bagi pemilik asal artikel, jika anda mendapati artikel yang terdapat dalam BLOG IBU HAMIL ini milik anda, sila maklumkan kepada Penulis di admin[at]mustaffa.org
Popularity: 1% [?]


