Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Teknik Penipuan Di Internet

Internet Theft

  • ‘Scammers’ atau penipu, lazimnya mensasarkan laman rangkaian sosial mensasarkan pencarian jodoh dan sebagainya.
  • Mereka mengendalikan profil palsu dengan menggunakan gambar menarik dan menunjukkan sikap positif melalui perbualan atau mesej dihantar.
  • Apabila pasangan (mangsa) sudah berjaya dipengaruhi, seterusnya mereka akan menanyakan soalan peribadi untuk mendapatkan maklumat dari mangsa. Maklumat itu kemudian akan digunakan bagi tujuan manipulasi pasangan.
  • Terdapat pelbagai jenis penipuan.
  • Dalam kes tertentu, ‘scammer’ menghubungi mangsa dan memaklumkan bahawa dia akan berjumpa mangsa bertujuan melamar atau berkahwin. Kemudian, mereka akan menghubungi pasangan memberitahu ditahan pihak kastam atau imigresen dan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun supaya mereka dibebaskan.
  • Dalam kes berlainan, penipu memaklumkan kepada pasangan (mangsa) bahawa mereka ada menghantar bungkusan dan meminta mangsa untuk buat pembayaran supaya bungkusan itu berjaya melepasi pihak berkuasa.
  • Terdapat juga insiden ‘scammer’ meminta belas kasihan pasangan (mangsa) menerusi alasan kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan perubatan keluarga mereka.
  • Kaedah lain pula, sesetengah ‘scammer’ merakam gambar pasangan (mangsa) melalui kamera talian’ pada komputer mangsa tanpa disedari. Pesalah kemudian gunakan gambar itu memeras-ugut dan meminta wang serta sebagainya sebelum menghilangkan diri.