Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Teknik CPR Untuk Bayi Kurang Dari 1 Tahun

Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepada nya. Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi

A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)

* Penilaian : Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan
* Baringkan bayi di atas permukaan yang keras. Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkan
* Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkat-dagu(head-tilt-chin-lift). Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang

B. PERNAFASAN (BREATHING)

* Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka, letakkan telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda. Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tanda-tanda trauma, Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.

* Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan. Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan. Pernafasan perlu diberi untuk 1 – 1 1/2 saat.

C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)

Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi.

Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat antara kedua tetek bayi. Letakkan jari hantu dan jari manis disebelah jari telunjuk. Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi. Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan. Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid). Tekan sternum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit, Sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan.

Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.

* Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 /991( telefon cepat !)
* Periksa nadi brakial.
* Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan.
* periksa nadi setiap beberapa minit
* Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan awasi nadi. Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

One Response

Leave a Reply