Utama Artikel Tanda-Tanda Ibu Hamil Anak Kembar

Tanda-Tanda Ibu Hamil Anak Kembar

0 2658

anak kembar

Jika ada memang ada genetik kembar dalam keluarga sama ada diri sendiri atau suami, tentu berita hamil kembar sesuatu yang dinanti. Sebenarnya ada beberapa ciri yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana harapan mendapat anak kembar sangat tinggi.

1.      Perasaanseorang ibu sentiasa betul. Dia boleh merasakan ada sesuatu dalam dirinya. Kata hati wanita hamil dapat merasakan dia membawa  dua janin. Jika ditanya dengan beberapa orang ibu yang beranak kembar, rata-rata memberitahu sejak awal hamil mereka dapat rasakan kehadiran dua janin.

2.      Anda mengalami morning sickness yang lebih teruk. Jika memang hamil kembar, kadar hormon hCG (human Chorionic Gonadotropin) dalam air kencing turut meningkat. Hormon hCG diperlukan untuk menjaga kehamilan sehingga plasenta membesar. Biasanya dalam kehamilan normal, kadar hormon hCG meningkat cepat selama minggu pertama dan berganda setiap dua atau tiga hari. Kadar hCG meningkat apabila hamil kembar, membuatkan anda mengalami morning sickness lebih teruk.

[wp-like-locker]

3.      Gejala kehamilannormal lain kemungkinan lebih teruk. Kebanyakan wanita (bukan semua) yang hamil bayi kembar mempunyai gejala kehamilan yang lebih teruk, disebabkan lebihan hormon yang mengalir dalam sistem badan mereka. Mungkin payu dara terasa lebih bengkak, lebih kerap buang air kecil, lapar sepanjang waktu. Bahkan memasuki trimester kedua, ada yang sukar bernafas, kaki dan tangan membengkak, penambaan berat badan dan pembesaran rahim tidak normal. Masalah anemia atau kekurangan zat besi (yang menurunkan hemoglobin) juga biasa terjadi pada kehamilan kembar.

4.      Pertambahan beratbadan meningkat cepat pada trimester pertama, dan ini boleh menjadi petunjuk pertama bahwa anda membawa lebih daripada satu janin. Jika anda mengamalkan cara pemakanan baik, usah khuatir.

5.      Ukurananda cukup besar untuk usia kehamilan. Pada pemeriksaan pertama mungkin anda diberitahu bahawa rahim anda akan terus membesar. Jika doktor memberitahu anda hamil lapan minggu, rahim mungkin terasa seperti sudah 10 -12 minggu. Ukuran rahim akan membesar mengikuti usia kehamilan secara konsisten. Rahim yang menyimpan satu janin mungkin akan mencapai 38 x 40 cm tingginya, diukur dari tulang pubik. Sedangkan kehamilan kembar mungkin akan mencapai 48 cm.

6.      Kadar AFP(alpha fetoprotein) anda meningkat. Kadar AFP, protein yang dilepaskan oleh bayi ketika ia membesar dan dikesan dalam darah ibu, meningkat apabila ada lebih daripada satu bayi. Pemeriksaan alpha fetoprotein mengesan lebih daripada separuh kehamilan kembar.

7.      Doktor dapat mengesan dua degupan jantung. Dua degup jantung yang terpisah dapat dibuktikan sehingga usia kehamilan 12 minggu.

[/wp-like-locker]

8.      Hasil pemeriksaan USG anda positif. Jika percaya bahawa anda memang sedang hamil bayi kembar, USG dapat dilakukan sejak awal kehamilan. Melalui ujian ini biasanya doktor dapat mengesan kehamilan kembar seawal lima hingga enam minggu kehamilan.

Google Tag Search Result:

Kongsikan :