Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Resipi Berpantang: Sup Tulang

Sup tulang

gambar hiasan

Bahan A

  • 1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
  • 2 sm halia – diketuk
  • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
  • 1 sudu teh garam kasar
  • 1 sudu makan gula
  • Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 5 biji cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

Bahan D

  • 2 bunjut rempah sup tulang
  • 3 bji kentang – dibelah dua
  • 8 biji cili api
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 biji jus limau nipis
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara Memasak:

  1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk.
  2. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk.Tambah air jika perlu.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning.
  4. Masukkan kesemua bahan C dan kacau.
  5. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup.
  6. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap.
  7. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.
  8. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi.
  9. Kemudian masukkan separuh bawang goreng.
  10. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup.
  11. Tuang jus limau dan kacau rata.
  12. Ketika menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

 

Sumber | Gambar

Google Tag Search Result: