Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Soal Jawab: Suami Minum Susu Badan Isterinya

Young-woman-feeding-glass-of-milk-to-young-man

sekadar gambar hiasan

S : Apakah hukumnya jika suami minum susu badan isterinya? Apakah jatuh talak sehingga isteri itu menjadi haram (mahram) kepada suami?

Yune Twistergurlzz

J : Suami boleh minum susu badan isterinya dengan syarat tidak menghabiskan susu tersebut. Ini kerana susu badan ialah makanan dan minuman untuk bayi, maka menghabiskannya bererti menafikan makanan dan minuman kepada bayi.

Adapun perubahan status sehingga terjatuh talak atau isteri menjadi mahram bagi suami, maka ia tidak berlaku. Perubahan status mahram hanya berlaku kepada bayi yang berumur kurang dari dua tahun. Rasulullah bersabda: “Penyusuan tidak akan merubah status mahram kecuali (susuan) yang mengenyangkan dan terjadi sebelum disapih.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1152]

Maksud susuan yang mengenyangkan ialah apabila bayi melepaskan puting ibunya dengan sendiri, bukan kerana paksaan, istirehat atau pernafasan. Susuan yang mengenyangkan itu mesti berlaku lima kali bagi mengesahkan perubahan status mahram [Shahih Muslim, no: 2635]. Sementara tempoh sapih ialah apabila bayi berumur dua tahun kerana itulah tempoh optimum penyusuan bayi: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan.” [Al-Baqarah 2: 233]

Dalam suasana terdesak, apabila lelaki ajnabi yang sudah dewasa hadir di rumah manakala dia tiada tempat lain untuk pergi, maka lelaki ajnabi itu boleh diberikan susu isteri tuan rumah. Meminum susu badan isteri tuan rumah dengan lima kali minuman yang mengenyangkan akan menjadikan isteri tuan rumah mahram kepada lelaki tersebut. Tentu saja susu tersebut diperah dan diberi minum melalui gelas. Dalilnya ialah hadis berikut:

Sahlah binti Suhail datang menemui Nabi, dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya melihat di wajah (suamiku) Abu Hudzaifah (sesuatu yang tidak menggembirakan) kerana keluar masuknya Salim ke rumah, padahal Salim adalah pelayannya.” Maka Nabi bersabda: “Susuilah dia.” Sahlah berkata: “Bagaimana mungkin saya menyusuinya, padahal dia sudah dewasa?” Maka Rasulullah tersenyum sambil bersabda: “Sungguh saya telah mengetahuinya kalau dia telah dewasa.” [Shahih Muslim, no: 2636].

Sumber | Gambar

Google Tag Search Result: