Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Soal Jawab: Masalah Wanita Dagu Tumbuh Bulu

SAYA mempunyai beberapa masalah yang sering menjadi kebimbangan. Saya berumur 22 tahun dan mempunyai berat badan 85 kilogram dengan ketinggian 170 sentimeter.

Saya juga memiliki struktur rangka tulang saya yang agak kasar. Saya mengalami masalah haid yang tidak teratur. Pertama kali saya datang haid pada tahun lalu ketika usia saya mencecah 21 tahun.

Tempoh haid paling lama adalah sekitar lima hari saja. Saya juga mempunyai masalah ditumbuhi bulu di dagu dan sedikit di atas mulut tetapi bulu itu tidak terlalu lebat. Saya menjangkakan saya mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon wanita.

Oleh itu, bolehkah saya mengambil sebarang jenis ubat hormon wanita seperti kolagen kecantikan dalaman wanita? Adakah ia akan memberi kesan negatif kepada saya? Apakah pandangan doktor mengenai perkara ini?

NORA,

Kuala Lumpur.

ELOKLAH anda atasi kebimbangan dengan menjalani pemeriksaan dan ujian mudah oleh doktor terlebih dulu. Malah kita digalakkan menjalani pemeriksaan sekiranya masih belum didatangi haid apabila usia melewati 16 tahun.

Anda mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon wanita seperti yang anda sangkakan tetapi anda perlu faham mengapa ia berlaku kerana seni dalam sesuatu rawatan adalah mengesan dan merawat punca, bukan saja merawat kesan atau masalah yang timbul. Malah sebaiknya unsur sesuatu rawatan juga perlu mengandungi langkah pencegahan penyakit dan langkah mengatasi atau melindungi daripada komplikasi penyakit.

Saya tidak pasti sama ada anda jelas mengenai ketidakseimbangan hormon wanita dan rawatannya. Struktur molekul kolagen dan hormon wanita juga berbeza walaupun kedua-duanya adalah protein, maka sifat dan tindakannya juga berbeza. Terdapat banyak jenis protein di dalam badan.

Masalah haid, berlebihan berat badan serta pertumbuhan bulu di kawasan kelelakian ini lazimnya berpunca daripada ketiadaan pengeluaran telur untuk bulan terbabit kerana majoriti hormon wanita dikeluarkan kantung telur.

Tetapi sedikit peratusan hormon wanita juga ada dikeluarkan oleh kelenjar adrenal, tisu lemak dan juga hormon lelaki. Wanita juga sepatutnya mempunyai hanya sedikit hormon lelaki di dalam badannya. Pemeriksaan juga perlu untuk memastikan ia bukanlah berpunca daripada penyakit lain contohnya ketumbuhan kelenjar adrenal.

kredit: Berita Harian

 

Google Tag Search Result:

Leave a Reply