Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Soal Jawab: Cuci Kencing Bayi

Bayi Comel dan KencingSoalan:

Anak kecil saya berusia lebih setahun dan sudah makan makanan lain selain susu ibunya. Kadang kala air kencingnya membasahi lantai rumah dan kami hanya mengelapnya dengan kain basah. Sah atau tidak solat di lantai rumah yang kadang kala terkena air kencing bayi tanpa disucikan dengan air yang mengalir tetapi bekas air kencing sudah kering dan tidak kelihatan.

Jawapan:

Ya, memadai mengelapnya dengan kain basah sehingga tiada lagi bau atau warnanya. Tidak perlu bersusah-susah membasuh dengan air mengalir, sabun atau selainnya.

Sebagai contoh, Anas bin Malik menerangkan bahawa pernah seorang Arab Badwi (dari pendalaman) yang membuang air kecil di dalam masjid sehingga sebagian sahabat menghampirinya (untuk memarahi dan menghalangnya). Namun Rasulullah SAW bersabda: “Tinggalkan dia dan janganlah kalian menghalanginya.” Anas melanjutkan: “Ketika dia telah selesai kencing, maka Rasulullah meminta setimba air lalu menyiramkan di atasnya.” [Shahih Muslim, no: 427]

Dalam hadis ini terdapat pengajaran bahawa memadai membasuh air kencing dengan air. Setimba air bukanlah air yang mengalir, apatah lagi dengan keadaan lantai masjid pada zaman itu yang diperbuat daripada tanah, air tersebut akan hanya meresap ke dalam tanpa tidak mengalir ke mana-mana.