Senaman Bantu Mudah Bersalin

TERBAIK UNTUK ANDA :

Senaman antenatal

* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah sakit belakang

* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang

Mengendurkan otot-otot pinggang

* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi

Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj

* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Mencegah kekejangan kaki

* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut

* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat

Incoming search terms:

  • senaman ibu mengandung
  • petua mudah bersalin
  • tips mudah bersalin
  • senaman antenatal
  • senaman ibu hamil
  • senaman untuk ibu mengandung
  • senaman mudah bersalin
  • teknik bersalin mudah
  • mudah bersalin
  • petua bersalin mudah

20 Artikel Lain Yang Menarik Untuk Dibaca

One Response to “Senaman Bantu Mudah Bersalin”

  1. salmah 08 Mar 2010 at 10:03 pm #

    Salam,
    saya biasa senaman seperti yang di nyatakan di atas iaitu mengendurkan otot-otot pinggang.Memang mudah bersalin selepas itu.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

JOM LIKE FANPAGE BIH