Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Cara Segarkan Badan Ibu Semasa Berpantang

Woman And Baby

Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan.  Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu.

Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.

Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

ads: