Home Cari

zat besi untuk ibu hamil - keputusan carian

If you're not happy with the results, please do another search

0 446

Ibu Hamil Kekurangan Zat Besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Google Tag Search Result:

0 490

Makanan Untuk Ibu Hamil

Snek bagaimanakah yang baik dalam trimester pertama?

Dalam trimester pertama, anda mungkin tidak dapat makan hidangan makanan dengan baik kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu. Jika anda makan sedikit dan kerap, ini sama penting dengan membuat perancangan apa yang hendak dimakan. Dengan cara ini, anda tidak akan hanya mengunyah biskut semata-mata kerana itu sahaja yang ada di depan mata anda.

Dalam trimester pertama, anda tidak memerlukan lebih kalori. Walau bagaimanapun, anda perlukan lebih folat. Anda sepatutnya ambil suplemen asid folik sebanyak 400 mikrogram (mcg) setiap hari, tetapi memakan makanan yang kaya dengan folat juga bagus. Folat adalah bentuk asid folik dalam makanan.

Untuk mendapat snek yang kaya dengan folat, buatlah salad menggunakan daun bayam kecil dan bitrut, atau kukus asparagus yang dimakan dengan pencicah. Makan banyak buah oren dan tembikai kantelup. Simpan kepingan roti berserat tinggi dalam peti sejuk supaya anda boleh ambil sekeping apabila anda memerlukannya.

Vitamin A sangat penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Oleh itu, anda memerlukan banyak vitamin A sepanjang kehamilan.

Google Tag Search Result:

0 2407

anak kembar

Jika ada memang ada genetik kembar dalam keluarga sama ada diri sendiri atau suami, tentu berita hamil kembar sesuatu yang dinanti. Sebenarnya ada beberapa ciri yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana harapan mendapat anak kembar sangat tinggi.

1.      Perasaanseorang ibu sentiasa betul. Dia boleh merasakan ada sesuatu dalam dirinya. Kata hati wanita hamil dapat merasakan dia membawa  dua janin. Jika ditanya dengan beberapa orang ibu yang beranak kembar, rata-rata memberitahu sejak awal hamil mereka dapat rasakan kehadiran dua janin.

Google Tag Search Result:

0 355

Tekanan Darah Wanita Hamil

Soalan:

Saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya dahului dengan ucapan setinggi terima kasih. Selamat berpuasa.

Google Tag Search Result:

0 478

Susu Untuk Ibu Mengandung

Mengamalkan diet yang bernutrisi dan seimbang semasa mengandung adalah penting kepada kesihatan si manja dan anda.  Menambah menu harian dengan meminum susu untuk ibu mengandung adalah salah satu cara untuk mendapatkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan.  Semasa memilih susu anda harus memilih susu yang mengandungi zat-zat seperti berikut:

1.  Protein
Ibu mengandung perlu mendapatkan 60 gram protein setiap hari untuk membantu dalam pertumbuhan tisu.  Selain dari susu, protein juga boleh didapati dari ikan dan makanan laut, ayam, itik, lembu, telur, kekacang dan bijiran.

Google Tag Search Result:

0 395

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

 

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

 

Sumber : http://permatahati.wordpress.com/2006/09/26/kebaikan-kurma-ketika-mengandung-dan-bersalin/

Google Tag Search Result:

0 317

Protin — Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

Kalsium — Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

Zat besi — Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

Asid folik — Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf ‘embryonic’ dan ‘fetal’ yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

Serat — Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

Air — Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Google Tag Search Result:

2 404

Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?

Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air.

Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate.

Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah.

Namun, disebalik kebaikkan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Dan sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Dipetik daripada Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil, untuk mengatasi masalah ini adalah ibu mengandung dinasihatkan untuk meminum air paling kurang 7 gelas sehari.

Selain daripada itu, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang banyak seperti pisang.

Dalam Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan cara bagaimana mengatasi pelbagai masalah yang biasanya ibu mengandung alami.

Bukan itu sahaja, Panduan ini juga membincangkan bagaimana ibu mengandung dapat mengatasi masalah-masalah ketika hamil.

Sumber dipetik daripada : http://www.9bulan.info/index.php?ref=bantuan

Google Tag Search Result:

1 481

1. Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan yang berlaku di saluran falopian adalah merbahaya apabila ia mulai pecah dan merebak di dalam perut. Pendarahan yang banyak boleh membawa maut kepada si ibu. Golongan yang berisiko terdedah kepada kehamilan di luar rahim ialah terdiri daripada mereka yang mengandung kerap atau mandul, pernah menjalani pembedahan ke atas organ peranakan, pembedahan apendik atau usus, pernah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan pernah atau sedang menggunakan IUD.

2. Kehamilan Anggur

Google Tag Search Result: