Home Cari

ubat yang boleh menyebabkan keguguran - keputusan carian

If you're not happy with the results, please do another search

0 358

Panduan Senang Hamil dalam Siri Perubatan Islam adalah produk informasi yang membantu pasangan muda yang belum mendapat zuriat tetapi sudah lama berkahwin. Produk ini membantu anda menyelesaikan masalah berkaitan cara mengatasi mandul akibat gangguan jin seperti jin asyik, jin saka dan kuasa sihir.

Anda tercari-cari jawapan kepada
“Bagaimana hendak mendapat zuriat setelah doktor pakar di hospital cakap … anda dan pasangan adalah normal dari sudut biologi?”

paperbackstack
Assalamualaikum, apa khabar? Semoga Allah Taala memberi jalan yang terbaik untuk mendapat rezeki zuriat.
  • Manusia perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.
  • Maksud Firman Allah (Saba’:24) Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?”
  • Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
  • Saya menulis e-book ini berdasarkan ilmu dalam kitab-kitab, kongsi pengalaman dengan perawat-perawat berpengalaman, maklumat dari  internet  dan pengalaman merawat pasangan yang belum ada zuriat di Darussyifa cawangan Banting, Selangor. Inilah kekuatan saya menulis e-book ini … insyallah.
  • Yang lebih menarik lagi e-book ini … saya sediakan video panduan dan ayat-ayat yang perlu diamalkan secara hyperlink. Jimat masa anda.

Abdul Salam Yussof

DS BANTING

RAWATAN PERCUMA!

BAYANGKANLAH … Masalah bagi pasangan suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin dan mencuba bermacam-macam ikhtiar… namun masih belum berhasil!

Lihatlah kisah Nabi Zakaria di dalam al-Quran, walaupun usianya telah tua dan isterinya pula mandul tetapi atas berkat usaha, ikhtiar dan berdoa akhirnya Allah S.W.T. telah kurniakan anak untuk mereka berdua.

imagesCAZT82QO

Kemandulan boleh berlaku, sama ada
  • pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin …mandul primer, ataupun
  • berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata …mandul sekunder. Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali
“Kita terpilih dan dipilih bukan untuk menderita … tetapi utk mendapat hikmah dari kesabaran. Kesabaran menanti zuriat dan kesabaran menghadapi mereka yang tak memahami…” Salah satu bisikan hati kecil  pasangan yang belum mendapat anak.
Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

paperbackstack

Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:
  • Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
  • Kusut fikiran.
  • Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
  • Mengigau ketika tidur.
  • Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Menurutnya lagi,
  • kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun
  • ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran.
Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

index

Senang Hamil – Perubatan Islam

Antara topik yang didedahkan:

  • Kunci akidah kejayaan mendapat rezeki zuriat
  • Kenal pasti punca-punca belum dapat zuriat
  • Pasangan mandul akibat gangguan jin saka
  • Pasangan mandul akibat gangguan jin asyik
  • Misteri yang penuh mistik: sihir dan apa yang harus dilakukan?
  • Terapi ikhtiar zuriat dengan ibadah tertentu

paperbackstack

Pelaburan anda hari ini untuk e-book siri ilmu perubatan Islam untuk kejayaan mendapat zuriat yang tidak ternilainya  adalah hanya RM39.00 untuk hari ini.

Google Tag Search Result:

0 486

janin dalam rahim ibu

Setiap pasangan suami-isteri setelah mengetahui yang isteri sedang mengandung akan dengan gembiranya membuat persediaan untuk menerima bayi baru mereka. Tetapi dalam tempoh si isteri itu sedang mengandung kadang-kala timbul perasaan suka dan curiga. Hasrat suami-isteri memanglah untuk mendapatkan janin yang sihat, yang sempurna sifat-sifatnya tanpa kecacatan pada tubuh badannya. Proses pertumbuhan janin selama 40 minggu itu merupakan proses yang sangat pesat terutamanya dalam peringkat trimester pertama. Daripada peringkat pensenyawaan (fertilisation) di mana sel-sel dari pihak lelaki dan perempuan bertemu mewujudkan apa yang dinamakan zygote dalam bahasa Inggerisnya. Proses multiplikasi sel-sel ini akan berterusan dengan pesatnya sehingga terdapat tiga lapisan sel-sel yang berlainan, iaitu ektodem, mesodem dan endodem. Daripada lapisan-lapisan ini akan bertubuhlah berbagai-bagai organ dan sistem-sistem janin. Adalah menakjubkan kalau kita fikirkan bagaimana proses-proses ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur sehingga tertumbuhnya janin yang sempurna sifat-sifatnya tanpa apa-apa kecacatan. Semua ini membayangkan kekuasaan Allah s.w.t.

Kecacatan kepada janin boleh juga berlaku kerana berbagai-bagai faktor. Ada punca kecacatan pada janin yang kini dapat diketahui tetapi ada juga yang masih tidak dapat dikesan walaupun pada masa kini terdapat teknologi yang begitu maju.

Google Tag Search Result:

1 228

Aspirin – akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

Alkohol – meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

Litium – ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

Vitamin A – jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

Tetrasaiklin – sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

Ubat penahan sakit – boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok – ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

Hentikan kegiakan lasak – seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu – kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

Makanan – makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

 

Kredit: http://mengandung.com/pemakanan-dan-penjagaan-semasa-kehamilan.html

Google Tag Search Result:

1 625

Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

Natural Selection – Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.

Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.

Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.

Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Cara merawat keputihan (klik sini). Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.

Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

Tanda-Tanda Keguguran

  1. Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  2. Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  3. Pendarahan semasa mengandung.
  4. Perut mengecil secara tiba-tiba.
  5. Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  1. Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  2. Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  3. Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik.
  4. Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  5. Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  6. Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  7. Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  8. Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tip
Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.

Sumber:

  1. http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/06/bagaimana-terjadinya-keguguran-abortion.html
  2. http://www.sstibbs.com/scott/images/unborn_baby.jpg

Google Tag Search Result:

0 444

Ibu Hamil Kekurangan Zat Besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Google Tag Search Result:

0 126

Kepentingan Iodin Untuk Ibu Hamil

Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia.

Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.

Google Tag Search Result:

0 220

PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome. Kenali dengan lebih lanjut tentang sindrom ini bersama kami menyelongkar maklumat daripada Dr. Navdeep Singh Pannu, doktor pakar sakit puan, perbidanan dan kesuburan dari Pusat Perubatan Tropicana dan Pusat Pakar Kesuburan dan Wanita, Puchong.

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Untuk pengetahuan anda, sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita di kalangan semua bangsa. Masa kini, sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan tahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. Ia dapat dikenal pasti menerusi :

1. Haid Tidak Teratur
Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti
Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS. Hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism
Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan
Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain
Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS, mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Walau bagaimanapun, sebenarnya PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang digunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan. Untuk khidmat nasihat lanjut, anda boleh hubungi Dr. Navdeep sendiri di [email protected]

Kriteria PCOS
1. Oliovulasi/ anovulasi.
2. Hormon lelaki (androgen/testosteron) berlebihan.
3. Ovari polisistik di mana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2 mm hingga 9 mm dan saiz ovari pula lebih daripada 10 sm.

PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik)
PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik)

sumber: Pa&Ma

Google Tag Search Result:

0 126

KESAN buruk merokok diketahui kebanyakan individu, malah jika ditanya perokok, mungkin mereka juga lebih maklum akibat daripada tabiat merugikan diri itu.

Bukannya mereka tidak mengetahui fakta mengenai 4,000 bahan kimia berbahaya yang ada pada asap rokok yang menjejaskan sistem daya tahan tubuh serta mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

Namun, niat untuk berhenti merokok sukar dilaksanakan biarpun ia bukan mustahil jika mempunyai keazaman kuat.

Mengapa merokok tidak baik untuk kesihatan dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kesuburan dan menjejaskan reproduksi serta kehamilan? Ada bukti kukuh menunjukkan ibu hamil yang merokok memberi kesan kepada diri sendiri dan perkembangan bayi yang dikandung.

Asap yang melalui sistem pernafasan bukan saja menyebabkan penyakit seperti bronkitis, pneumonia, lelah, kanser paru-paru dan emphysema (kesukaran bernafas) malah mendedahkan perokok wanita kepada penyakit kronik seperti kanser payudara dan kanser rahim.

Pengarah Klinikal dan Kesuburan Pusat Perubatan Sunway, Dr Wong Pak Seng berkata, merokok di kalangan wanita mempercepatkan hilangnya telur dan menjejaskan fungsi reproduktif, malah perokok wanita berisiko tinggi untuk mendapat haid tidak normal selain mempercepatkan proses menopaus beberapa tahun lebih awal daripada wanita tidak merokok.

Menurutnya, merokok mengganggu keupayaan sel dalam ovari menghasilkan estrogen, menyebabkan telur wanita lebih mudah menghasilkan genetik abnormal (kerosakan genetik).

Untuk lelaki, merokok menyebabkan kemerosotan air mani dan kerosakan kadar asid deoxyribonucleic (DNA) yang tinggi. Selain itu, paras kadmium tinggi dalam plasma bagi perokok tegar menyebabkan kesan sitotoksik langsung pada spermatozoa serta merosakkan fungsinya. Ia turut menjadi punca mati pucuk (mengurangkan aliran darah ke zakar).

“Perokok mengambil masa dua kali lebih lama untuk berjaya hamil menerusi program In-Vitro Fertilization (IVF) atau bayi tabung uji. Risiko untuk gagal dalam rawatan meningkat dengan setiap sedutan dari tahun ke tahun,” katanya dalam forum sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau anjuran Institut Jantung Negara (IJN) di Institut Pengurusan Wanita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Wong berkata, merokok memberi kesan kepada rawatan kesuburan kerana ia merosakkan persenyawaan dan menangguhkan konsepsi kesan daripada gangguan proses spermatozoa dan ovari dibentuk, kegagalan implantasi (penyematan embrio awal ke pengalas uterus) serta keguguran awal.

Ia turut mengurangkan tindak balas kepada rangsangan, mengurangkan kadar untuk hamil dan kelahiran bayi, meningkatkan bilangan kitaran rawatan. Kesan buruk yang ketara lebih dialami wanita berusia.

Beliau berkata, pasangan yang merancang mendapat bayi perlu mengelak merokok dan terdedah menjadi perokok pasif.

Suka atau tidak, ibu hamil harus berhenti merokok demi keselamatan anak dikandung. Merokok mengancam janin kerana menyebabkan kelahiran pra matang, keguguran, lahir mati dan merencat pertumbuhan bayi disebabkan oleh pendarahan dari uri.

Berat bayi yang dikandung wanita merokok juga berkemungkinan tiga kali lebih rendah daripada bayi normal iaitu penurunan berat badan bayi sebanyak 150 hingga 200 gram. Wanita merokok juga lebih mudah mengalami pendarahan pada plasenta.

Menurutnya, tabiat merokok di kalangan bakal ibu turut menyebabkan kadar dan kualiti susu badan berkurangan selain kecacatan kepada bayi seperti kecacatan pada bibir atau sumbing.

Ia turut menyebabkan tahap kecerdasan otak anak berkurangan, anak berisiko tinggi untuk mendapat lelah serta sindrom kematian bayi mengejut.

Google Tag Search Result:

3 306

pregnant-women-Pet-84655

 

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:

* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

17186

Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumber:Utusan Malaysia

Google Tag Search Result:

0 225

Masalah keguguran rambut yang berkait dengan kehamilan lebih lazim berlaku selepas bersalin dan bukannya sewaktu kehamilan.

Sebaliknya, jika dibandingkan sebelum kehamilan, peningkatan hormon estrogen akan menyebabkan rambut lambat gugur. Wanita hamil akan mendapati rambut gugur pada kadar yang kurang dan ini menyebabkan dia berasa rambutnya lebih lebat sewaktu hamil.

Sekiranya wanita mengalami keguguran rambut sewaktu kehamilan, ia lebih berkait dengan kekurangan vitamin atau mineral.

Anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat atau vitamin kerana dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada pembentukan organ janin.

Sumber – Hmetro

Google Tag Search Result: