Home Cari

tanda tanda mengandung bayi perempuan - keputusan carian

If you're not happy with the results, please do another search

0 539

janin dalam rahim ibu

Setiap pasangan suami-isteri setelah mengetahui yang isteri sedang mengandung akan dengan gembiranya membuat persediaan untuk menerima bayi baru mereka. Tetapi dalam tempoh si isteri itu sedang mengandung kadang-kala timbul perasaan suka dan curiga. Hasrat suami-isteri memanglah untuk mendapatkan janin yang sihat, yang sempurna sifat-sifatnya tanpa kecacatan pada tubuh badannya. Proses pertumbuhan janin selama 40 minggu itu merupakan proses yang sangat pesat terutamanya dalam peringkat trimester pertama. Daripada peringkat pensenyawaan (fertilisation) di mana sel-sel dari pihak lelaki dan perempuan bertemu mewujudkan apa yang dinamakan zygote dalam bahasa Inggerisnya. Proses multiplikasi sel-sel ini akan berterusan dengan pesatnya sehingga terdapat tiga lapisan sel-sel yang berlainan, iaitu ektodem, mesodem dan endodem. Daripada lapisan-lapisan ini akan bertubuhlah berbagai-bagai organ dan sistem-sistem janin. Adalah menakjubkan kalau kita fikirkan bagaimana proses-proses ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur sehingga tertumbuhnya janin yang sempurna sifat-sifatnya tanpa apa-apa kecacatan. Semua ini membayangkan kekuasaan Allah s.w.t.

Kecacatan kepada janin boleh juga berlaku kerana berbagai-bagai faktor. Ada punca kecacatan pada janin yang kini dapat diketahui tetapi ada juga yang masih tidak dapat dikesan walaupun pada masa kini terdapat teknologi yang begitu maju.

Google Tag Search Result:

0 318

Pengalaman mengandung dianggap antara saat-saat paling manis dan mencabar dalam kehidupan wanita, kerana perubahan fizikal dan hormon turut mempengaruhi emosi.

Semasa mengandung, seseorang wanita cenderung untuk mengalami “gangguan” seperti meragam, perengus dan cepat marah. Tetapi pada masa lain, wanita yang sama ini boleh bertukar menjadi begitu bertenaga, sihat dan gembira.

Namun perkara terakhir yang tidak mahu dilalui oleh wanita mengandung ialah serangan asma. Asma ialah satu situasi penyakit yang paling biasa dialami di negara-negara maju, dan kesannya dianggarkan lapan peratus ke atas wanita dalam tempoh tahun-tahun mereka mengandung.

Untuk wanita yang menghidap asma, kira-kira satu pertiga daripada mereka mendapati kesihatan masing-masing bertambah baik semasa mengandung, manakala satu pertiga lagi melaporkan keadaan mereka menjadi bertambah buruk.

Untuk kes selebihnya, mereka menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang perubahan dalam tahap kesihatan masing-masing.

Menurut Pengarah Institut Perubatan Pernafasan, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, perkara yang perlu diketahui ialah penyakit asma boleh dikawal semasa wanita mengandung, dan sekiranya ia terkawal, seorang wanita yang menghidap asma mempunyai peluang yang sama untuk hidup sihat, mengandung secara biasa, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menghidap asma.

Beliau berkata, jika tahap asma adalah sederhana sebelum mengandung, peluang untuk ia dikawal semasa mengandung adalah lebih tinggi dengan hanya beberapa atau tiada langsung tanda-tanda asma semasa mengandung.

RISIKO JIKA TIDAK DIKAWAL

Beberapa kajian menunjukkan bahawa seorang wanita mengandung berhenti daripada mengambil ubat apabila tahap asmanya dapat dikawal berikutan takut ianya akan menjejaskan janin.

“Itu adalah satu kesilapan jika dilakukan tanpa nasihat doktor. Risiko kepada janin akibat daripada pengambilan ubat asma adalah kecil berbanding risiko serangan asma yang teruk”, katanya kepada Bernama.

Lagipun, wanita yang tahap asmanya tidak dikawal lebih cenderung mengalami kesukaran semasa mengandung, dan bayi mereka lebih kemungkinan dilahirkan tidak cukup bulan, kecil atau kurang berat badan semasa dilahirkan, serta memerlukan pemerhatian selepas dilahirkan yang lebih lama di hospital.

Dr Aziah berkata, lebih teruk keadaan asma kepada ibu-ibu mengandung, lebih besar risiko terhadap janin, dan dalam kes-kes tertentu, janin boleh meninggal berikutan kurang oksigen.

“Kebanyakan wanita mengalami tahap yang sama bagi tanda-tanda asma semasa mengandung. Jarang sekali berlaku serangan asma semasa bersalin. Mengikut beberapa kajian, 10 peratus daripada kes-kes berkenaan sebenarnya mengalami serangan asma semasa hendak melahirkan anak.

Tetapi dalam kebanyakan kes, tanda-tanda berkenaan kembali kepada keadaan biasa dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin”, jelas beliau.

Dr Aziah berkata, peningkatan dalam hormon progesteron menyebabkan peningkatan masalah dalam pernafasan dan rasa nafas sesak boleh dialami oleh wanita mengandung yang seterusnya menyebabkan satu serangan.

RAWATAN DAN KAWALAN

Dr Aziah berkata, cara terbaik untuk merawat asma ialah dengan menghindarkan berhadapan dengan sebarang serangan di samping elakkan daripada terdedah kepada penyebab, dan langkah ini mungkin boleh memperbaiki tanda-tanda dan mengurangkan sukatan ubat yang perlu diambil.

“Elak berada dengan mereka yang merokok, kerana asap rokok boleh menyebabkan serangan asma. Asap rokok juga boleh menyebabkan asma dan masalah lain berhubung kesihatan kepada anak anda”, katanya dan menambah bahawa penghidap asma perlu menjauhkan diri daripada semua penyebab diri sendiri yang diketahui.

Beliau berkata, adalah sangat penting untuk mengelak dan mengawal asma memandangkan hubungan antara asma dan alergi adalah biasa.

Bagi pesakit asma, kira-kira 75 hingga 85 peratus daripada mereka elergi kepada satu atau dua benda seperti debunga, kulat, binatang, habuk di rumah, hama, lipas dan ubat-ubatan seperti aspirin atau beta-blockers (digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, migrain, sakit kepala dan masalah jantung.

Beberapa cara disyorkan untuk mengurangkan alergi ini ialah dengan:

*Mengelakkan mempunyai haiwan kesayangan yang menyebabkan alergi dari rumah atau sekurang-kurangnya tidak membiarkan ia berada dalam bilik tidur sepanjang masa.

*Sarungkan bantal, tilam dan tilam spring dengan sarung khas yang boleh elakkan hama. ·

*Basuh sarung bantal dan tilam sekali seminggu dengan air panas dan selimat untuk basuhan kering untuk membunuh hama.

*Guna vakum penapisan atau beg vakum penapis untuk mengawal habuk semasa melakukan kerja-kerja membersih

*Tutup tingkap, guna penghawa dingin dan hadkan aktiviti luar rumah antara 5 pagi dan 10 pagi, apabila debunga dan pencemaran berada pada tahap tertinggi.

UBAT ASMA

Dr Aziah berkata, wanita mengandung yang menghidap asma diberi pengetahuan bahawa ubat asma membawa kurang risiko kepada janin berbanding jika mendapat serangan asma yang teruk, dan hendaklah diberitahu bahawa penyakit asma yang kurang diberi perhatian boleh menyebabkan ibu dan janin mengalami hiposemia, yang mungkin membawa kepada masalah semasa mengandung dan kelahiran.

Namun, ubat-ubatan yang digunakan baru-baru ini untuk rawatan asma didapati mempunyai profil selamat semasa mengandung, katanya.

“Kami (doktor) rasa selesa untuk memberi ubat sedut untuk merawati serangan asma yang kadang-kadang. Ubat yang cepat berkesan ini, sering dipanggil sebagai ubat “penyelamat”, telah digunakan sejak 20 tahun, dan penyelidikan menyokong usaha penyebaran pandangan bahawa ia adalah selamat”, kata Dr Aziah.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Aziah berkata disenaraikan dalam kategori terapi menyelamat ialah beta agonis – sedutan beta agonis seperti albuterol, yang sememangnya melegakan tanda-tanda dengan cepat dan pesakit merasa selesa menggunakannya semasa mengandung berdasarkan fakta bahawa ia telah digunakan agak beberapa lama dan terdapat beberapa data ke atas manusia dilaporkan.

Pada umumnya, adalah lebih selesa menggunakan ubat sedutan semasa mengandung berbanding ubat yang dimakan, kerana ia kurang memberi kesan ke atas bayi, katanya.

“Isu keselamatan adalah penting terutama dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengawal kes-kes asma yang lebih tenat kerana janin berpotensi terdedah kepada ubat-ubatan ini untuk tempoh yang lama”, jelas beliau.

“Itulah juga sebabnya kami sering menasihati ibu-ibu mengandung yang menghidap asma agar memastikan masalah yang dihadapi sentiasa dikawal setiap masa. Ini kerana walaupun dengan penggunaan steroid yang dimakan untuk tempoh jangka pendek semasa mengandung sering dikaitkan dengan beberapa peningkatan risiko kepada ibu dan janin”, katanya.

Oleh itu, ubat asma yang paling selamat ialah semburan oksimetazalin di hidung, kerana penyerapan ke dalam salur darah hanyalah minimal itupun kalau ada, kata Dr Aziah.

Bagaimanapun, beberapa kajian menunjukkan bahawa semburan ini dan lain-lain semburan di hidung yang seumpama boleh menyebabkan kesesakan berlaku semula dan sebenarnya memburukkan lagi keadaan yang mereka telah biasa, dan umumnya penggunaannya terhad kepada sekejap-sekejap atau biasa untuk tiga hari berturut-turut.

Terdapat beberapa data khas berhubung dengan keselamatan intranasal kortikosteroid semasa mengandung. Bagaimanapun, berdasarkan kepada data bagi ubat-ubatan yang sama digunakan dalam bentuk sedut untuk asma, budesonid boleh dipertimbangkan sebagai pilihan intranasal kortikosteroid.

“Bagaimanapun, nasal kortikosteroid lain mungkin boleh diteruskan dengan syarat mereka bertindak mengawalnya dengan berkesan sebelum mengandung”, jelas beliau.

Ubat-ubatan seperti antihistamine mungkin berguna semasa mengandung bagi merawat tanda-tanda di hidung dan mata yang mengikut masa atau perennial allergic rhinitis, alergi konjunktivitis, gatal-gatal (urtikaria) atau ekzema.

Walaupun pseudophedrine telah digunakan sejak bertahun, dan kajian memberi jaminan yang berulangkali, namun terdapat laporan terbaru mengenai sedikit peningkatan kesan terhadap dinding perut bayi yang baru lahir.

Penggunaan dekongestan semasa trimester pertama hanya boleh dibenarkan selepas memberi pertimbangan terhadap tahap seriusnya tanda-tanda keibuan yang tidak akan berakhir oleh ubat-ubatan lain.

PENGAWASAN JANIN

Dr Aziah berkata, jenis dan kekerapan penilaian janin adalah berdasarkan kepada umur kehamilan dan faktor risiko keibuan, dan ujian ultrasound boleh dijalankan sebelum 12 minggu mengandung sekiranya terdapat kebimbangan mengenai ketepatan tarikh jangkaan bersalin dan diulangi kemudian sekiranya terdapat rasa syak bahawa pertumbuhan janin adalah agak perlahan.

“Kadar pengawasan jantung secara elektronik dipanggil ‘ujian tiada-tekanan’ atau ujian tekanan pengecutan dan pengesahan ultrasonik pada trimester ketiga mungkin boleh digunakan untuk menilai keadaan janin.

“Bagi pesakit trimester ketiga dengan tanda-tanda asma yang jelas, kekerapan penilaian janin hendaklah ditambah sekiranya masalah disyaki,” nasihat Dr Aziah.

Beliau berkata, pesakit asma hendaklah mencatatkan jumlah aktiviti janin atau tendangan setiap hari untuk membantu mengawasi bayi mereka mengikut arahan doktor masing-masing.

Bagaimanapun, hasil daripada beberapa kajian menunjukkan bahawa majoriti pesakit asma dapat melalui saat-saat kelahiran tanpa sebarang masalah, walaupun pengawasan janin secara berhati-hati masih amat penting.

Katanya, bagi pesakit berisiko rendah, yang asmanya terkawal, penilaian ke atas janin boleh disempurnakan dengan ujian pengawasan elektronik, dan bagi pesakit yang melalui saat bersalin dengan asma yang teruk, pengawasan janin secara intensif dengan pemerhatian yang berhati-hati dicadangkan.

Penyelidikan mendapati bahawa 60 peratus daripada wanita yang menghidap asma dan mengandung anak lelaki adalah ‘lebih bebas’ sepanjang masa mengandung, dan tiada laporan sebarang masalah pernafasan pada waktu malam dari minggu ke-18 hingga ke-30 mengandung.

Manakala 61 peratus wanita yang mengandungkan bayi perempuan adalah bebas tanda pada 18 minggu tetapi menjelang minggu ke-30, hanya 28 peratus kekal bebas tanda. Wanita berkenaan juga menyatakan bahawa tanda waktu malam meningkat dengan lebih lagi dari minggu ke-18 hingga 30.

SUSU BADAN

Menyusukan badan hendaklah diteruskan oleh wanita yang menghidap asma kerana susu badan bertindak sebagai imuniti kepada jangkitan kepada bayi, terutama jangkitan pernafasan dan perut, kata Dr Aziah.

“Susu badan mungkin mengandungi sebahagian kecil ubat yang digunakan untuk merawat asma, tetapi pada umumnya masih tidak diketahui sama ada benar atau tidak ianya boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.

Bagaimanapun, dalam satu kertas kepada Persatuan Thoracic Australia dan New Zealand, menyebut bahawa pekilang budsonid mencadangkan pemberhentian ubat berkenaan semasa penyusuan kerana tiada maklumat berhubung penyerapannya ke dalam susu badan.

Keputusan untuk mengubah rejimen perubatan yang berjaya mengawal asma ibu hendaklah dipertimbangkan dari segi memberi kesan pula kepada bayi.

Surat itu juga mencadangkan agar antibodi tetrasaiklin dan campuran mengandungi iodin dielakkan semasa mengandung dan menyusu kerana ia boleh menyebabkan perubahan warna gigi dan pembesaran gelenjar tiroid bayi.

Dr Aziah mengingatkan bahawa jika seorang wanita penghidap asma selalu diawasi, jumlah mereka ini yang mengandung boleh menyamai mereka yang biasa, dan kawalan asma yang baik sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa mengandung, bersalin dan penyusuan.

– BERNAMA

Google Tag Search Result:

1 421

1. Ujian Darah

Ujian darah merupakan proses penting untuk mengesan paras hormon dan ia juga boleh menentukan samada anda ada mengeluarkan benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone akan dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Jadi bagi anda yang pusingan haid tidak teratur – contoh datang haid 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali, maka anda tergolong dalam kategori tidak subur kerana benih anda keluar dengan tidak teratur. Dalam hal ini anda dinasihatkan menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting untuk menyukat paras hormon dalam aliran darah kita ialah seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin .

2. Ujian D&C

Ujian D&C pula adalah khusus untuk wanita yang mempunyai masalah tidak subur . Ia sebenarnya berupa pembedahan kecil yang dilakukan dengan cara pangkal rahim akan dikembangkan. Proses ini dinamakan ‘dilatation’. Ruang rahim tersebut kemudiannya dikikis dengan alat tajam digelar ‘curettage’. Tatacara ini dilakukan kepada anda yang mempunyai pangkal rahim yang sempit. Dengan ini akan memudahkan benih lelaki masuk ke dalam sistem peranakan anda.

Melalui kaedah atau proses mengikis ruang rahim juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D&C juga boleh dilakukan untuk mengetahui samada anda boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini juga merupakan salah satu bukti yang secara tidak langsung bagi menentukan keluaran benih anda.

Sesetengah doktor mungkin akan mengunakan kaedah pancutan air berwarna ‘insufflation’ ke dalam salur peranakan anda. Tatacara ini bertujuan untuk menguji samada salur ‘fallopian’ anda terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Namun ujian ini amat jarang dilakukan sekarang ini kerana ia tidak memberi kepastian keadaan pada saluran peranakan tersebut.

3. Pemeriksaan Fizikal

Biasanya bahagian anggota badan yang akan diperiksa:
1. Buah dada
2. Kilang tiroid pada leher
3. Sistem peranakan

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

4. Pemeriksaan Sistem Peranakan

Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan kita normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

5. Jangkitan Faraj

Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga antara rakan kita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan ini boleh menyebabkan masalah kesuburan.

6. Pemeriksaan Laparoskopi

Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sebarang penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan segera yang sewajarnya perlu diambil.

Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis . Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Bagi anda yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kemungkinan akan dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.

Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

( Cadangan : Bagi anda yang ingin melakukan pemeriksaan laparoskopi, biasanya perlu dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Anda akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini. Namun di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN , pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu anda bermalam di wad. Anda hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama)

7. Ujian Hysterosalpingogram

Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.

 

Kredit: http://www.mengandung.com

Google Tag Search Result: