August 27 Wednesday 2014
Home Cari

panduan mengandung anak pertama - keputusan carian

If you're not happy with the results, please do another search

0 123

Kebanyakan alat mainan memang nampak menarik, tetapi awas! ada yang mungkin boleh mengundang bahaya kepada anak anda. Ia mungkin bahaya mudah tertelan dan juga boleh menjadi penyebab kanser.

Kesedaran masyarakat negara ini terhadap keselamatan alat mainan kanak-kanak, masih di tahap rendah.

Ini dapat dilihat apabila masih ramai pengguna membeli alat mainan berdasarkan rupanya yang cantik dan bentuk yang canggih, warna dan juga mengikut trend semasa.

Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium hiburan serta penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya.

Walhal sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan dalam media, khususnya antarabangsa, namun masih ramai yang memandang ringan.

Mereka masih tidak peduli walaupun berita berhubung rampasan dan penarikan balik alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat turut tersebar luas di media seperti apa yang berlaku di Victoria, Australia, sebelum sambutan Hari Natal yang lalu.

Dilaporkan, lebih 10,000 alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat dirampas dan dimusnahkan di Victoria.

Dimensi baru

Senario kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu keselamatan alat mainan kanak-kanak, berkemungkinan disebabkan negara baru sahaja menguatkuasakan Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak, berbanding negara maju.

Dengan adanya peraturan ini, yang dikuatkuasakan bermula 1 Ogos 2010, sedikit sebanyak akan menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan alat mainan.

Melalui penguatkuasaan ini, semua alat mainan yang dikeluarkan syarikat tempatan atau luar negara diwajibkan menjalani proses penilaian dan pengujian sebelum diletakkan tanda Malaysian Conformity (MC).

Menerusi peraturan berkaitan, pengilang, pengimport dan pembungkus semula alat mainan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat dibekalkan dan dijual di Malaysia.

Dalam erti kata lain, semua syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembekalan dan penjualan alat mainan kanak-kanak di Malaysia mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mematuhi peraturan ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menggerakkan usaha bersepadu dengan melancarkan pelbagai kempen kesedaran menerusi pelbagai media.

Boleh dikatakan keberkesanan kempen yang ditujukan khusus kepada pengguna itu berjaya berdasarkan tinjauan Bernama baru-baru ini.

Pekerja Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Nur Izza Osman berkata tidak terlintas pada pemikirannya alat mainan yang rendah kualiti boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

“Saya mengetahui tanda MC selepas menonton iklan berkenaan di TV (televisyen) baru-baru ini. Sebelum ini, saya membeli alat mainan berdasarkan kepada tarikan fizikal berbanding melihatnya (alat mainan) mempunyai tanda MC,” katanya.

Memudaratkan kesihatan

Pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat alat mainan kanak-kanak termasuk bahan kimia, yang didapati berupaya memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

Ini ditambah pula dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka menghisap.

Menjadi masalah, apabila mereka menghisap sesuatu alat mainan yang mengandungi bahan kimia lebih daripada sepatutnya.

Ini secara tidak langsung, mendedahkan kanak-kanak kepada risiko pertumbuhan sel kanser, kata Ketua Farmasi, Jabatan Farmasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Amrahi Buang.

“Sebagai contoh plumbum (fungsi plumbum dalam cat untuk menjadikan warna terang dan tidak pudar) boleh meresap masuk ke dalam badan, apabila kanak-kanak bermain dengan alat mainan atau menghisapnya, dan ia menjadi terkumpul.

“Dicampur pula dengan apa yang dimakan semasa proses pembesaran anak-anak itu, ada risiko bagi mereka terdedah kepada kanser.”

Kimia seumpama itu juga boleh mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit paru-paru, gangguan sistem saraf, alergik dan pelbagai lagi.

Bahaya lain

Keselamatan alat mainan juga meliputi pemilihan bahan, rupa bentuk, saiz dan bunyi alat itu.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif/Setiausaha Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standard Users) Ratna Devi Nadarajan berkata adalah penting bagi ibu bapa mengetahui label peringkat umur pada sesuatu alat mainan sebelum membelinya.

Ini kerana, membeli alat mainan yang tidak sesuai dengan peringkat umur secara tidak langsung boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan termasuk bahaya tercekik.

Berdasarkan laporan kajian tahunan ‘The 2011 Trouble in Toyland’ oleh U.S.

Federation of State Public Interest Research Groups (PIRGs), tercekik akibat tertelan bahagian mainan kecil, contohnya guli, terus menjadi punca utama kematian dan kecederaan dalam kalangan kanak-kanak.

Kajian itu melaporkan seramai 200 kanak-kanak mati akibat tercekik antara tahun 1990 sehingga 2010.

“Alat mainan yang kurang mutu (tidak mempunyai tanda MC) seperti teddy bear akan terdedah kepada bulu, butang senang tertanggal dan ini berbahaya apabila kanak-kanak ini memasukkannya ke dalam mulut.

“Lebih berbahaya apabila membeli alat mainan elektrik yang berkemungkinan boleh meletup,” katanya.

Elakkan diri ditipu

Biarpun Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 2010, ia dibuat secara berperingkat berikutan masih terdapat penggiat industri berkenaan kurang maklum akan keperluan peraturan yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, semua alat mainan yang tidak mempunyai tanda MC akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 bermula tahun ini, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Standard Kepenggunaan, KPDNKK, Rashinah Abdul Hamid memberitahu Bernama.

“Kementerian sudah lama berunding dengan industri, sejak tahun 2008 mengenai keperluan mempunyai tanda MC. Ini kerana, bukan semua (penggiat) membaca akhbar dan menonton berita, jadi apabila ditanya sama ada mereka tahu atau tidak mengenai MC, segolongan mereka mengatakan ‘tidak’.

“Disebabkan itulah kami buat secara berfasa, tempoh masa peralihan diberikan dan ketika ini KPDNKK melakukan penguatkuasaan berhemah, di mana sebanyak 59,964 premis seluruh negara diperiksa,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan terdapatnya label ‘MC’ tiruan, Rashinah memberi dua tips berguna. Pertama, pastikan warna abjad MC itu adalah sama ada hitam atau putih.

Berikutnya, pastikan terdapat nombor pendaftaran di bawah logo MC dan alamat pengilang, pengimport ataupun pembungkus semula ada tertera di bungkusan alat mainan kanak-kanak berkenaan.

Sebagai pengguna, mereka tidak sewajarnya mengandaikan semua barang yang terdapat di rak adalah selamat. Mentaliti sedemikian seharusnya diubah apatah lagi apabila membabitkan perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Kanak-kanak belum dapat mengenal dan membezakan mana yang selamat dan sebaliknya. Di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak mereka dilindungi daripada ancaman yang tidak dijangka!

Google Tag Search Result:

0 466

BUKANLAH sesuatu yang asing pada hari ini apabila pasangan yang baru berkahwin bercerai dalam jangka waktu singkat. Kejutan perceraian itu bertambah lagi apabila mengenangkan bahawa pasangan berkenaan sudah pun menghabiskan masa bertahun-tahun untuk bercinta kemudian berkahwin dan mengakhirkannya dalam tempoh yang tidak diduga.

Bagaimanapun, bagi pasangan yang matang atau lama berumahtangga antara punca utama yang menyebabkan berlaku perceraian di kalangan mereka, selain faktor lazim yang lain adalah akibat keengganan pihak isteri untuk meneruskan kehidupan berumahtangga secara berpoligami.

Ini ditambah dengan budaya dan tanggapan masyarakat Melayu di Malaysia yang begitu memandang serong kepada suami yang ingin berpoligami hinggakan terkadang kita seolah-olah menghantar isyarat yang salah kepada kaum lelaki bahawa mempunyai hubungan sulit secara tidak sah adalah lebih baik daripada berpoligami.

Berdasarkan pengalaman, ada terlalu banyak kes isteri memberontak dan tidak dapat menerima hakikat bahawa suaminya ingin berpoligami hinggakan sebahagiannya lebih rela menjalani kehidupan yang begitu sukar bersama anak selepas berlakunya perceraian.

Isteri pertama yang berasa tergugat dengan keinginan suaminya untuk berkahwin lagi akan memberikan kata dua kepada suami untuk menceraikannya jika suami tetap berhasrat untuk berkahwin lain. Dalam senario seumpama ini, sudah tentu keharmonian rumah tangga pasangan itu akan mula merudum dan menuju kepada perceraian kerana suami pula akan berasakan bahawa isteri sudah menyekat kemahuannya untuk berpoligami.

Sementara kita mengakui bahawa suami yang ingin berkahwin lebih daripada satu hendaklah memastikan mereka ini sesungguhnya berkemampuan untuk berpoligami dan perkahwinan itu tidaklah dalam apa juga keadaan akan memudaratkan isteri pertama dan anak, isteri juga hendaklah menerima hakikat bahawa mengizinkan suami berpoligami tidaklah bermakna bahawa mereka hilang segala-galanya dan berakhirlah kehidupan mereka.

Tanpa melihat perceraian sebagai satu pilihan, adalah baik untuk difikirkan, jika isteri pertama dapat menggunakan kebijaksanaannya dengan meletakkan syarat dimaktubkan dalam satu perjanjian yang menyatakan haknya sebagai isteri pertama kepada harta, pembahagian masa dan nafkah isteri dan anak jika poligami itu diteruskan suami daripada isteri mengambil pilihan yang lazim seperti melarikan diri, memberontak atau menuntut untuk bercerai.
Dengan ada perjanjian seumpama ini, isteri pertama akan dapat memastikan bahawa hak-haknya sebagai isteri pertama akan terbela pada setiap masa. Malah, tindakan mahkamah juga boleh diambil jika suami gagal atau melaksanakan keadilan kepada isteri pertama selepas suami berkahwin lain. Suami pula hendaklah memastikan bahawa perkahwinan dengan isteri yang baru tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak sedia ada.
Dalam banyak keadaan ramai isteri mengetahui bahawa bahagian faraid mereka adalah 1/8 jika mereka mempunyai anak dan 1/4 bahagian jika mereka tidak mempunyai anak tetapi ramai di kalangan wanita yang terlepas pandang bahawa jika suami berpoligami contohnya mempunyai dua isteri maka bahagian 1/8 isteri berkenaan akan dibahagi dua menjadi 1/16 bersama isteri yang baru atau dibahagi tiga jika suami berkahwin tiga menyebabkan bahagian isteri pertama menjadi kian mengecil. Walaupun isteri pertama boleh mendapatkan bahagian tambahan melalui tuntutan harta sepencarian, namun ia tetap tidak dapat mengelakkan daripada kemasukan nama isteri kedua dan anak-anaknya dalam geran rumah berkenaan.

Isteri pertama yang telah dengan usahanya membeli hartanah itu bersama suami, akhirnya terpaksa berkongsi pula pemilikan rumah berkenaan dengan isteri kedua dan anak tirinya. Apabila berhadapan situasi sebegini, lazimnya isteri yang mempunyai suami yang berpoligami merungut kerana bukan saja terpaksa berkongsi suami, tetapi juga berkongsi rumah yang pada asalnya milik mereka sendiri. Apabila berhadapan keadaan sebegini ramai isteri yang kecewa akan menyalahkan hukum faraid dan lebih rela pembahagian harta pusaka itu ditangguhkan daripada melihat nama madu dan anak tiri mereka juga berada dalam geran rumah berkenaan.

Justeru, bagi memastikan sumbangan isteri pertama yang bersama-sama bersusah payah dengan suami bagi tempoh yang lama dapat dilindungi daripada dituntut oleh isteri muda atau anak daripada isteri muda berkenaan, adalah perlu bagi suami yang ingin berpoligami menyatakan dengan jelas hak isteri pertama melalui Ikrar Harta Sepencarian atau Suratcara Hibah. Hukum syarak menyediakan banyak instrumen yang boleh diamalkan bagi menghargai sumbangan isteri dalam perkahwinan.

Barangkali kedangkalan kita dalam menggunakan kaedah itulah yang menyebabkan ramai isteri khususnya isteri pertama sering berasa teraniaya apabila berlaku keadaan suami yang berpoligami meninggal dunia.

Tanpa menggalakkan amalan poligami yang menjadi kepantangan sesetengah wanita, kita perlu menerima hakikat bahawa sudah tiba masa masyarakat Melayu kita menilai semula persepsi kita berkaitan poligami ini selaras dengan peruntukan undang-undang keluarga yang sedia ada di negeri yang mempunyai objektif bagi membina institusi keluarga tersusun dan bahagia.

Tulisan – Ikbal Salam
Penulis ialah peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya

Kredit : Berita Harian

 

TAMBAHAN

MAKLUMAT UMUM

Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:
Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI
* Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).
* Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.
* Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
* Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.
* Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
* Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).
* Keputusan/perbicaraan – dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).
* Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
* Borang 2 B (permohonan berpoligami)
* Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
* Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
* Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
* Salinan surat beranak anak-anak.
* Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
* Bayaran/fee Mahkamah.
* Surat laporan aduan Pejabat Agama.
* Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
* Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
* Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
* Salinan lain-lain dokumen berkaitan.

Google Tag Search Result:

1 1091

Ancaman keguguran atau “threatening abortion” adalah satu perkara serius yang perlu anda ambil kira. Bagi ibu mengandung, potensi untuk berlakunya keguguran adalah tinggi jika mereka mengalami ancaman keguguran.

Biasanya keguguran mudah berlaku pada trimester pertama dan trimester kedua. Hal ini kerana pelekatan ovum-sperma yang masih lemah pada rahim menyebabkan ia mudah gugur.

Klik Di Sini!

Setiap ibu mengandung perlu peka terhadap tanda-tanda atau simptom ancaman keguguran ini. Antara tanda ancaman keguguran ini adalah seperti kekejangan pada bahagian perut atau abdomen. Selain daripada itu perhatikan juga sekiranya terdapat darah atau cecair yang berwarna coklat yang keluar dari vagina(faraj).

Terdapat juga kes dimana ancaman keguguran ini menunjukkan simptom seperti kekejangan otot kaki dan sakit bahagian belakang.

Apa yang perlu anda lakukan jikalau tanda-tanda ancaman keguguran ini melanda diri anda?

Dalam Pakej Panduan Kesihatan Wanita Hamil ada menyarangkan jika wanita hamil itu mengalami tanda seperti kekejangan bahagian abdomen yang berterusan dan terdapat cairan coklat atau merah yang keluar dari faraj, maka segeralah dirujuk kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat.

Anda mungkin akan dimasukkan ke wad selama beberapa hari.

Ketika di hospital atau klinik kesihatan, wanita yang mengalami ancaman keguguran akan diperiksa oleh Doktor faraj mereka. Ini memastikan sejauh manakah berlakunya keguguran itu.

http://www.9bulan.info/index.php?ref=bantuan

Selain daripada itu, kandungan sel darah putih anda juga akan disemak bagi memastikan tiada jangkitan atau bakteria dalam darah anda.

Untuk makluman, jangkitan dan kehadiran bakteria dalam darah juga merupakan salah satu faktor terjadinya ancaman keguguran.

Menurut Pakej Panduan Kesihatan Wanita Hamil lagi, ibu mengandung perlu sentiasa peka terhadap setiap perubahan pada kehamilan mereka. Ketika trimester pertama dan trimester kedua perbanyakkan berehat.

Hindari diri daripada melakukan perkara yang berat dan perkara yang boleh mencetuskan stress terhadap diri ibu mengandung.

http://www.9bulan.info/index.php?ref=bantuan

Google Tag Search Result:

16 3149
healthy-pregnant-woman

Amalkan Makanan Yang Seimbang

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Google Tag Search Result:

0 1336

Botol Susu

Susu ibu ialah makanan semula jadi bayi yang sempurna. Tetapi jika anda tidak dapat menyusu badan, atau jika anda memilih untuk tidak melakukannya, susu formula ialah yang kedua terbaik. Ahli sains dan pakar perubatan telah menghabiskan masa bertahun-tahun mencipta susu formula yang dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi anda.

Apabila anda sedang menimbangkan susu formula mana yang sesuai untuk bayi anda, anda perlu mengambil kira beberapa faktor. Fikirkan mengenai kesihatan dan keperluan pemakanannya, umur, serta kos dan masa penyediaan bagi setiap susu formula. Panduan susu formula kami akan membantu anda memilih jenis formula yang sesuai untuk bayi anda.

Google Tag Search Result:

0 312
Bayi Makan

Bayi Makan

Makanan yang pertama

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; jadi makanan lain diperlukan juga.

Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini menjadi amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda, sebab kebanyakan tindak balas berlawanan terhadap makanan, dan alergi dan penyakit seliak akan berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut.

Google Tag Search Result:

0 129

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Google Tag Search Result: