Home Cari

fesyen baju mengandung ke pejabat - keputusan carian

If you're not happy with the results, please do another search

0 306

Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80′s alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.

1. Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2. Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e. g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show …

3. Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap2 pusat sekali kalau ader rezeki… ..

4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan.. siapa nak jawab tu…

6. Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali… touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi.. bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc… . sila rujuk
(al-Ahzab: 33 ) boleh gitu ?

7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak… ooo… saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8. Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu … “si Adik ” tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke… . org masih boleh buat terkaan…

9. Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari… etc yg ni pun lebih kurang yg no. 6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Betul… di era 80′s dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 thn time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak-pinak pun..)dan tak pernah change pun stail bertudung.. warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dgn baju. Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan brooce /kerongsang..

Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yg non-muslim pun confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg mana yg paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh… . bab ni saya tak dpt nak kata apa dah… . ada pulak officemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim ” semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje..” Kita pun tanya “baju cam na, tudung cam na

Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita. So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah… sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex.. sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. canm na la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati… bukan main ambil separuh2 yg kita suka … no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

Renung-renungkanlah utk kebaikan kita bersama…

Google Tag Search Result:

0 727

Hamil merupakan saat paling indah dalam kehidupan diri seorang wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu adalah yang pertama buat mereka.

Dalam keseronokan melalui tempoh kehamilan, segelintir wanita suka mengambil mudah pakaian yang disarungkan ke tubuh. Bagi mereka, mengandung bukan masa sesuai untuk bergaya.

Ada juga di kalangan wanita, sebelum hamil mereka kelihatan cukup bergaya di samping berpakaian mengikut perkembangan fesyen semasa. Namun, semuanya berubah apabila berbadan dua. Tidak salah dikatakan, kehamilan umpama menyekat gaya mereka.

Hakikatnya, hamil bukan bererti zaman untuk bergaya sudah berakhir. Malah, kehamilan juga bukan alasan buat wanita tampil selekeh termasuk memilih pakaian bersaiz besar untuk menyesuaikannya dengan bentuk badan yang telah berubah.

Menurut pereka fesyen Modernmum Maternity, Yvonne Soo, ada segelintir wanita biar perutnya sudah membesar, mereka masih memakai pakaian biasa tanpa menukarnya kepada baju mengandung.

Sedangkan, kedua-dua pakaian itu sebenarnya ada perbezaan yang ketara. Pakaian wanita normal tidak mementingkan keselesaan terutama dari segi fabrik, sedangkan baju mengandung cukup menitikberat aspek tersebut di samping memberi tumpuan pada potongan.

“Apabila mengandung, suhu badan seseorang itu akan meningkat menyebabkan mereka sering berasa panas. Oleh itu, pemakaian fabrik yang sejuk amat penting agar mereka selesa sepanjang tempoh kehamilan seperti penggunaan fabrik cita, viscose, jersey, lycra dan sifon.

“Selain fabrik, potongan buat pakaian mengandung juga berbeza dengan baju biasa terutama di bahagian perut. Lebih-lebih lagi seluar yang memerlukan sokongan tambahan untuk menutup perut. Seluar perlu terletak kukuh dengan pinggangnya boleh dikecil atau dibesarkan mengikut kesesuaian individu.

“Biarpun ingin bergaya kala hamil, tidak semestinya perlu menyarungkan baju biasa sedangkan pakaian mengandung kini juga semakin trendy. Jangan pilih baju yang tidak sesuai semata-mata untuk kelihatan bergaya,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Yvonne menambah, ramai wanita dilihat suka membeli baju yang salah, tidak kira memilih baju biasa atau mengandung. Silap mencari, pakaian yang digayakan akan membuatkan penampilan anda kelihatan tidak menarik dan selekeh.

Ada sesetengah baju biasa tidak sesuai digayakan wanita mengandung biarpun potongannya mengembang di bahagian bawah seperti potongan Babydoll. Apatah lagi jika bertindak menambah saiz agar baju yang dipilih itu muat di bahagian perut.

Tidak kira apa juga baju yang dibeli, sebaiknya ia diukur mengikut kelebaran bahu. Justeru, andai tubuh memakai saiz M, jangan beli saiz yang lebih besar termasuk untuk baju mengandung. Buang tanggapan bahawa jika tidak beli baju dengan satu saiz lebih besar dikhuatiri ia tidak muat dipakai apabila perut semakin membesar.

“Tanggapan itu sebenarnya salah kerana baju mengandung direka setelah memikirkan keadaan perut wanita yang akan membesar sehingga usia kandungan sembilan bulan.

“Malah, jika menggayakan baju besar dengan bahunya jatuh hanya menampakkan penampilan diri wanita tidak menarik dan selekeh,” ujarnya.

Konsep suai dan padan

Mengandung memerlukan wanita menukar pakaian di almari mereka. Bagaimanapun, untuk menukar keseluruhan almari pakaian adalah sesuatu yang mustahil. Ini kerana pakaian itu mungkin tidak dipakai lagi buat beberapa tahun mendatang, perubahan itu juga meminta satu perbelanjaan yang besar.

Namun, untuk mengelakkan pembaziran dan menjimatkan belanja di samping memberi lebih gaya menarik buat wanita hamil, mereka boleh mengamalkan konsep suai dan padan.

Sebelum membeli baju mengandung, rancang lebih awal agar pakaian yang dibeli dapat dipelbagaikan gayanya. Sebagai contoh, dengan hanya satu gaun, wanita boleh menggayakan ia ke pelbagai majlis malah turut cantik dan selesa dipakai ke pejabat.

Yvonne memberitahu, konsep itu juga cuba diterapkan dalam pakaian Modernmum. Wanita boleh membeli satu gaun yang dicipta untuk dwi gaya. Gaun dua lapis ciptaan Modernmum ini cukup praktikal.

Lapisan dalamnya berona polos manakala luarnya disarungkan satu lagi gaun bercorak. Kedua-duanya boleh digayakan secara berasingan. Lebih menarik, dua helai gaun itu dijual dengan satu harga.

Membuat rombakan di almari, sebaiknya pastikan ada beberapa pasang seluar, kemeja-T, blaus dan sepasang dua gaun mengandung dalam himpunan. Tidak dilupa, kasut yang dikhususkan buat wanita mengandung.

Jelas Yvonne, kasut yang selesa dan mampu memberi sokongan kepada kaki sepanjang proses kehamilan amat penting. Sebabnya, kala itu wanita akan memberikan lebih tekanan kepada kaki mereka selain kaki cepat berpeluh dan berkemungkinan akan berbau.

Bagi mengelakkan kaki dan tumitnya berasa sakit, pilihlah kasut bertumit leper atau rendah. Paling tepat adalah membeli kasut yang diperbuat daripada kulit lembut dan selesa supaya kaki tidak berasa sakit apabila ia mula membengkak.

Selain itu, pilih kulit yang tidak berkuap agar kaki boleh bernafas dan kasut tidak berbau.

Google Tag Search Result: