Home Cari

cara cara memuaskan nafsu isteri - keputusan carian

If you're not happy with the results, please do another search

1 3924

SAYA isteri kedua dan sedang mengandung anak pertama.

Suami selalu memberikan nafkah batin setiap kali pulang ke rumah, namun masalahnya saya rasa tidak puas kerana suami terlalu cepat memuaskan dirinya. Saya tidak berkata apa-apa dan menganggap perbuatan itu biasa.

Bagaimanapun, suami sering merungut kerana selalu tidak puas bersama dengan isteri pertama yang banyak rungutan ketika mereka melakukan hubungan kelamin.

Saya berbincang dengan suami mengenai masalah itu, tetapi suami tidak boleh berbuat apa-apa kerana nafsunya memuncak setiap kali bersama. Sebab itu, saya sering melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri.

Adakah berdosa perbuatan saya itu tanpa memberitahu suami kerana takut dimarahi?

NAJIHA,
Perak

MEMANDANGKAN manusia memang dijadikan Allah mempunyai nafsu dan ­kehendak diri, Islam ­mengajar supaya ia perlu dikawal sebaik mungkin.

Begitu juga dengan anda sebagai isteri yang terpaksa membahagi giliran, kadangkala nafsu tidak puas ketika bersama suami, tetapi memuncak ketika berseorangan.

Bagaimanapun, memilih melakukan onani tidak dianjurkan Islam kerana ia sekadar memuaskan nafsu saja.

Nafsu seks hendaklah dikawal dan jangan diikut-ikutkan sangat.

Puan hendaklah mencari pilihan lain yang lebih baik seperti memperbanyakkan berpuasa, berzikir, bersolat dan aktiviti lain yang dapat menghalang dorongan seksual itu.

Begitu juga berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan diri daripada perkara haram seperti zina. Ini bagi mengendurkan dorongan seks.

Seterusnya hubungan seks dengan suami dapat dibaiki dan dinikmati secara betul. Ini kerana memenuhi ­tuntutan seks melalui pasangan adalah yang sebaiknya.

Manakala memilih cara yang lain tidak dapat memuaskan tuntutan seks akan melahirkan nafsu yang lebih kuat sehingga boleh mengarah kepada perbuatan haram seperti zina.

Google Tag Search Result:

0 168


Soalan:
Apakah hukumnya pula suami yang tidak dapat melayan atau memuaskan nafsu isteri ketika bersetubuh dan mengelak jika isteri mahukannya?

Ain, Temerloh

Jawapan:
Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong tercipatanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga”.

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasma secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong  mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.

Google Tag Search Result:

0 613

Masalah seks suami selalu dikaitkan dengan masalah mati pucuk, ejakulasi pra matang dan sebagainya. Akibatnya , masalah ini , nafsu merudum dan tak kunjung datang hingga mengecewakan isteri.

Namun mungkin tak ramai yang tahu bahawa selain daripada masalah sakit tuan, nafsu seks lelaki sebenarnya boleh juga terjejas gara-gara sikap isteri sendiri.Ada suami yang hilang ghairah di pertengahan hubungan seks gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan.

1) Membuat Tuntutan Kepada Suami

Menjadi kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan isteri dalam hubungan kelamin. suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi kepuasan batin buat isterinya.

Namun perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak akan tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti seks berlangsung.

“Abang bolah tak jangan pegang situ” atau “Abang boleh tak lama sikit”. Kata-kata sebegini akan mengganggu tumpuan suami dan membuatnya bimbang tidak mampu melakukan seperti yang dituntut oleh isteri.

Kebimbangan yang tidak berasas ini akan membuatkan suami beralah sebelum bertempur.

 

[wp-like-locker]

2) Memperlihatkan Kebosanan

Keinginan seorang isteri untuk melakukan hubungan seks dengan suami kadang kala terhalang oleh perasaan bosan akibat keletihan beekrja seharian di pejabat.

Bagaimanapun sebosan mana sekalipun anda rasa, sebaiknya ia tidak dipamerkan di hadapan suami. Kebosanan anda mungkin akan membunuh ghairahnya untuk bermesra dnegan anda.

Cubalah menegtepikan perasaan tiada mood atau keletihan dengan emngatakan paa diri anda bahawa malam ini, kasih sayang perlu dipupuk kembali untuk kebahagiaan rumahtangga anda. jangan biarkan rasa bosan menguasai jiwa anda.

3) Berbicara Masalah Wang Di Kamar

Perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap isteri. jangan sesekali emmbawa masalah kewangan seperti hutang yang belum dibayar, perbelanjaan dapur yang tidak mencukupi dan masalah kewangan lain ke kamar tidur.

Ia akan memberi tekanan kepada suami. seterusnya akan membuatkan dirinya hilang rasa ghairah untuk melakukan hubungan seksual. Ia bukan sekadar menghilangkan ghairah suami tapi juga menimbulkan perasaan malu dan marah dalam diri suami.

4) Melemparkan Kritikan

Kata-kata berunsur kritikan akan memeberi kesan pada perasaan suami walaupun anda menganggapnay sebagai suatu gurauan. Contohnya, mencela suami, kaki suami kotor, perutnya buncit dan nafasnya berbau rkok, ia boleh melunturkan smenagatnya untuk meneruskan hubungan kelamin.

5) Berlakon atau Bersandiwara

Sebagai isteri, tidak perlu berlakon ketika bersama suami di ranjang. Percakapan secara jujur dan berterus terang dengan suami. Jika mahukan layanan yang boleh memberikanb kepuasan kepada anda, katakan saja pada suami. apa yang nak dimalukan, suami isteri berkongsi segala-galanya,bukan.

6) Bersikap Terburu-buru

Melakukan hubungan intim bersama suami dalam keadaan terburu-buru adalah sangat tidak baik. usahakan untuk melakukan aktivit yang meneynangkan ini dalam suasana yang tenang dan relaks.

7) Terlalu Banyak Peraturan

Aktiviti seks adalah masa paling peribadi dan paling intim buat pasangan suami isteri. Ia juga waktu yang paling banyak beharga buat suami isteri. Terlalu banyak peraturan dan petua akan merosakkan suasana intim, gelak tawa, gurau senda dan kehangatan anda berdua. jadilah diri anda sendiri, biarkan segalanya berlalu dengan selesa.

[/wp-like-locker]

 

8 ) Ragu-ragu

Jangan cuba bertanya dengan suami perkara-perkara seperti kualiti cinta suami ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Pertanyaan, “Adakah abang sayang saya?”.”Adakah abang puas?” dan sebagainya akan mendatangkan keraguan di hati suami dan boleh menimbulkan rasa kurang senang. Ia juga boleh mengeruhkan suasana hubungan suami isteri.

Google Tag Search Result:

0 170

Manusia mempunyai nafsu serta kehendak dan Islam datang untuk menyalurkan nafsu dan kehendak itu ke arah kebaikan, melalui perkahwinan. Menerusi perkahwinan, jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-batas syariat dianggap sebagai ibadah.

Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?‘

Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)

Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam Tibbun Nabawi, “Tabib-tabib yang mahir berpandangan jimak adalah di antara cara yang terbaik untuk memelihara kesihatan seseorang.”

Dari sudut spiritual, di antara kemanfaatan jimak ialah, ia memelihara penglihatan dari melihat sesuatu yang haram, memelihara nafsu, menjauhkan seseorang dari perbuatan haram dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta akhiratnya. Kemanfaatan yang sama juga akan diperolehi oleh para isteri. Seks yang mendatangkan kepuasan yang maksimum ialah yang berasaskan kasih sayang dan kemesraan dan tidak hanya wujud di dalam bentuk hubungan fizikal.

Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)

BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

Cara Perlakuan Seks Yang Dihalalkan

Islam mengizinkan seseorang melakukan persetubuhan mengikut cara ataupun kedudukan yang digemarinya, namun memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Allah berfirman, “Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223)

Wahyu ini diturunkan berhubung dengan sahabat Omar Al-Khattab yang menyetubuhi isterinya mengikut saluran biasa tetapi dari belakang, lantas beliau berasa takut dan terus menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan Nabi terus berkata kepada Omar, “Bersetubuhlah dari hadapan ataupun dari belakang asalkan tidak dilakukan pada waktu haid dan tidak melalui dubur.” (Riwayat Ahmad)

Berhubung dengan persetubuhan melalui dubur, ia dianggap sebagai satu dosa besar. Nabi bersabda, “Allah tidak mahu melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki ataupun wanita di duburnya.” (Riwayat Tarmuzi)

[wp-like-locker]

Seks Yang Halal Dan Kesihatan

Kajian menunjukkan ketika syahwat memuncak, badan seseorang mengeluarkan bahan-bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami isteri merangsang pengeluaran bahan oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia seperti yang disebutkan dalam News24.com, bertarikh 12 Februari 2001, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonin yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekali gus mencegah seseorang dari dijangkiti penyakit.

Seks juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah Perubatan Perlakuan atau Behavioural Medicine di Hospital Beaumont di Detroit, di dalam bukunya Sexual Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung kepada pemakanan, senaman dan genetik, malah ia juga bergantung kepada kesihatan emosi dan sosial.

Kajian beliau menunjukkan ketidakpuasan di dalam hubungan seks sering kali mengakibatkan serangan sakit jantung di samping penyakit-penyakit yang lain seperti pening migraine dan radang sendi.

Bahaya Seks Ketika Haid

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.

Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid.

Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika berlaku persetubuhan ketika itu.

Seks Bebas Dan Penyakit Jangkitan Seksual
Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa….. satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar)

Penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan maut.

Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam sememangnya relevan sampai ke hari Kiamat.

Justeru, rugilah mereka yang mengutamakan hawa nafsu serta mengabaikan landasan Islam yang sememangnya saintifik lagi menyihatkan

[/wp-like-locker]

 

Google Tag Search Result:

0 77


Soalan:
Saya ada kemusykilan yang agak memeningkan kepala saya dan juga berat rasanya apa yang saya tanggung ini. Saya telah pun mendirikan rumahtangga selama dua tahun. Sejak lima bulan kebelakangan ini rumahtangga saya mengalami masalah kewangan yang agak teruk, masalah seksual yg kurang memuaskan dan juga mertua saya yang agak kurang saya minati perangai mereka. Dalam masa yang sama juga saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang agak muda dari saya. Kami berkenalan melalui internet.

Sejak berkenalan kami cuma berhubung melalui talipon saja sehinggalah setelah dua bulan berkenalan saya bercadang hendak berjumpa dengannya. Lama kelamaan, saya terpaksa memberitahunya bahawa saya ni sudah berkahwin dan mempunyai anak satu. Saya ingat perhubungan ini akan putus, walau pun hati saya sudah terpaut padanya. Saya pun tidak sangka yang pemuda tersebut semakin suka akan saya dan memahami akan kedudukan saya dan juga masalah saya.

Dia seorang pelajar di salah satu universiti di utara. Demi tuhan saya tidak pernah menduga akan begini jadinya kehidupan saya. Suami saya memang marah sangat dengan saya sehinggakan boleh dikatakan kami selalu bergaduh. Kami bertengkar bukan perkara ini sahaja malahan saya selalu tidak berpuas hati dengan sikap suami yang terlalu bergantung hidup dengan ibubapanya apabila kami kekurangan wang. Gaji saya pun boleh dikatakan tiga suku habis untuk membayar segala keperluan dan juga benda-benda yang lain. Dia hanya membayar rumah sewa dan juga kereta. Itupun setengah harga kereta saya bayar.

Tentang duit ni saya rasa berat sangat sebab tiap-tiap bulan asyik benda yang sama. Nak buat simpan pun susah. Bila saya suruh dia cari kerja part-time buat indah tak indah saja. Bila saya naik angin barulah nak cari surat khabar. Tentang pemuda tadi, perhubungan kami semakin erat. Dia bukan ingin megambil saya sebagai isteri kerana saya ada masalah, tapi kerana dia menyayangi saya dan begitu juga saya.

Sehinggakan pada satu hari saya bertengkar dengan suami, dia telah menampar saya di khalayak ramai dan mengatakan saya ni sundal. Oleh sebab itu saya menjadi begitu sedih, dan memgambil keputusan untuk balik kerumah ibu saya. Saya memberitahu kepadanya yang saya ingin balik ke rumah ibu saya, dia membenarkannya walau pun dia sendiri tidak ikhlas melepaskan saya. Sepanjang saya duduk di rumah ibu saya, bermacam-macam perkara yang telah dilakukan suami saya saya termasuk ke Jawi, memaki hamun pemuda tersebut dan juga mengganggu keluarga pemuda tersebut. Pemuda tersebut ingin menikahi saya sebaik saja dia habiskan pengajiannya di universiti.

Ibubapa pemuda tersebut melarang akan perhubungan kami. Kerana ternyata saya masih isteri orang. Saya ingin bercerai dengan suami saya, kerana tidak ingin berterusan menderhaka dan juga berdosa sepanjang hari begini, tetapi suami saya enggan melepaskan saya. Saya tak tau apa harus saya lakukan. Sedangkan hati saya tidak ada lagi padanya. Kadang-kadang terasa juga kasihan padanya dan keliru dengan perangainya yang kadang-kadang marah kadangkala ok. Tapi terlalu banyak perkara yang telah saya lakukan di belakangnya membuatkan saya tidak sanggup untuk berpatah balik melainkan meneruskan hidup saya sekarang. Saya betul-betul sayangkan pemuda ini dan sanggup untuk menunggunya.

Apakah tindakan yang harus saya lakukan? Dan sampai bila suami saya ingin menyimpan sayasedangkan kami duduk berjauhan begini? Saya benar-benar ingin kan pertolongan dalam hal ini. Wajar ke saya meminta cerai kepadasuami saya. Kalau hendak di cerita kan benda yang lain-lain memang banyak tapi cukuplah dengan perkara yang penting ni saja. Saya tidak mengatakan suami saya tidak baik cuma saya sudah rasa tawar hati akan segala perkara yangterjadi.?

Hamba Allah, KL

Jawapan:
Isteri yang solehah adalah isteri yang tunduk dan patuh kepada Allah dan kepada suaminya. Bahkan dalam sebuah hadis ada disebutkan begitu besar tanggungjawab isteri terhadap suami, Rasulullah pernah bersabda jika Allah mengizinkan seseorang menyembah orang lain, maka akan saya suruh seorang isteri menyembah suaminya. Dalam hadis yang lain juga disebutkan seorang isteri tidak akan dapat mencium bau syurga jika ia meminta cerai kepada suaminya tanpa alasan yang jelas mengikut syarak.

Jika permohonan cerai itu lantaran perkara yang bukan asas (seperti persoalan harta dan perkara duniawi) yang boleh diselesaikan dengan perbincangan dan keredhaan hati maka permohonan isteri semacam ini mendapat kutukan daripada Allah. Apatah lagi permintaan cerai itu lantaran telah menemui lelaki lain sebagai idaman hati, sudah jelas isteri seperti ini tergolong isteri yang curang dan akan mendapat kutukan daripada Allah, dan menjadi lebih sengsara di akhirat nanti jika suaminya tidak memaafkan atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Bayangkan saja betapa banyak harta Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW digunakan baginda untuk perjuangan dalam Islam, namun walaupun harta jutawan Makkah ini habis digunakan, ia tetap redha dengan usaha suaminya itu. Mengapa hanya perkara kecil yang memang pasti dihadapi oleh setiap keluarga, tidak mampu dihadapi malah dipertikaikan? Mengapa terlalu rapuh institusi rumahtangga umat Islam ketika ini?.

Jika persoalan atau krisis rumahtangga yang sedikit dan sederhana ini tidak dapat diselesaikan dengan hati yang terbuka, maka perkara yang sama akan mudah terjadi dan menimpa anda walaupun setelah mendirikan dan membina perkahwinan yang baru, kecualilah jika seseorang itu benar-benar bertaubat dari kesilapan masa silamnya, maka insya Allah, akan diberikan jalan kemudahan terhadapnya oleh Allah SWT.

Permohonan cerai seorang isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang benar menurut syarak maka ia tergolong dalam kategori isteri yang berdosa dan bahkan dijelaskan oleh Rasulullah SAW sebagai seorang isteri yang tidak dapat mencium bau syurga (tidak dapat masuk syurga). Mengenai perkara yang sedang puan hadapi, fikirkanlah secara matang dan waras, pertimbangkan segala sesuatu itu menurut ukuran Islam dan jangan menurut perasaan dan hawa nafsu semata, kerana keputusan yang keliru dilakukan ketika ini akan membinasakan kita, keluarga kita dan anak kita yang masih kecil, dikemudian hari nanti.  Berdoalah serta lakukanlah solat istikharah agar ketika membuat keputusan bukan didorong oleh perasaan semata tapi ditentukan oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.

Google Tag Search Result: