Home Cari

buah buahan untuk ibu mengandung - keputusan carian

If you're not happy with the results, please do another search

0 532

Ibu Hamil Kekurangan Zat Besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Google Tag Search Result:

0 631

Makanan Untuk Ibu Hamil

Snek bagaimanakah yang baik dalam trimester pertama?

Dalam trimester pertama, anda mungkin tidak dapat makan hidangan makanan dengan baik kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu. Jika anda makan sedikit dan kerap, ini sama penting dengan membuat perancangan apa yang hendak dimakan. Dengan cara ini, anda tidak akan hanya mengunyah biskut semata-mata kerana itu sahaja yang ada di depan mata anda.

Dalam trimester pertama, anda tidak memerlukan lebih kalori. Walau bagaimanapun, anda perlukan lebih folat. Anda sepatutnya ambil suplemen asid folik sebanyak 400 mikrogram (mcg) setiap hari, tetapi memakan makanan yang kaya dengan folat juga bagus. Folat adalah bentuk asid folik dalam makanan.

Untuk mendapat snek yang kaya dengan folat, buatlah salad menggunakan daun bayam kecil dan bitrut, atau kukus asparagus yang dimakan dengan pencicah. Makan banyak buah oren dan tembikai kantelup. Simpan kepingan roti berserat tinggi dalam peti sejuk supaya anda boleh ambil sekeping apabila anda memerlukannya.

Vitamin A sangat penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Oleh itu, anda memerlukan banyak vitamin A sepanjang kehamilan.

Google Tag Search Result:

0 132

Ibu Hamil Keletihan Dan Tidur
Mengapakah saya berasa terlalu letih semasa hamil?

Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan. Mereka yang biasa berjaga malam pun mendapati mereka terpaksa menahan mengantuk untuk menonton program TV kegemaran mereka.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Berapa lamakah keletihan ini akan berlanjutan?

Ia berbeza bagi setiap orang, tetapi wanita hamil biasanya mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom anda mengganggu tidur, tidak hairanlah anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.

Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.

Google Tag Search Result:

0 528

Susu Untuk Ibu Mengandung

Mengamalkan diet yang bernutrisi dan seimbang semasa mengandung adalah penting kepada kesihatan si manja dan anda.  Menambah menu harian dengan meminum susu untuk ibu mengandung adalah salah satu cara untuk mendapatkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan.  Semasa memilih susu anda harus memilih susu yang mengandungi zat-zat seperti berikut:

1.  Protein
Ibu mengandung perlu mendapatkan 60 gram protein setiap hari untuk membantu dalam pertumbuhan tisu.  Selain dari susu, protein juga boleh didapati dari ikan dan makanan laut, ayam, itik, lembu, telur, kekacang dan bijiran.

Google Tag Search Result:

1 437

PERTAMBAHAN usia dan proses penuaan memang sinonim. Memang sudah menjadi lumrah apabila umur meningkat, kulit mula menjadi kusam, tidak bermaya dan munculnya kedutan halus di sekitar wajah.

Kita semua akan melalui proses berkenaan apabila tiba masanya kerana ia berpunca daripada pengeluaran kolagen yang semakin lemah.

Tetapi sejak kebelakangan ini, ramai wanita berhadapan dengan masalah penuaan lebih awal sebelum waktunya.

Ramai wanita mula mengalami masalah penuaan kulit seawal usia 27 tahun. Terdapat banyak faktor yang merangsang masalah ini termasuk faktor persekitaran, pemakanan dan gaya hidup.

Untuk mengatasinya, ramai wanita yang mengambil suntikan kolagen atau vitamin C yang dikatakan dapat membantu mengatasi tanda penuaan itu.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk mengekalkannya kerana perlu mengeluarkan belanja ratusan ringgit setiap kali mengulang suntikan dan pada masa sama, harus menanggung kesakitan semata-mata untuk kelihatan cantik.

Bagi yang bernasib baik, mereka akan mendapat hasil yang diidamkan namun ada juga kes wanita yang mendapat kesan sampingan selepas suntikan dilakukan.

Pemilik Spa D’Daun, Zalina Ibrahim, berkata sebelum mengambil suntikan, wanita dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu dan membuat pemeriksaan serta penelitian sama ada mereka benar-benar memerlukan suntikan vitamin C.

Ini kerana pengambilan dos yang tinggi tanpa kawalan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan membahayakan.

“Berbanding serum yang disapu daripada luar, suntikan akan terus masuk ke dalam salur darah dan memberi kesan kepada organ dalaman.

“Jika tersalah suntik, kita bukan saja terpaksa menanggung akibat seperti raut wajah sudah tidak seperti dulu, tetapi akan mengalami masalah radang pada kulit,” katanya.

Kecanggihan teknologi hari ini turut mewujudkan pelbagai pilihan bagi menggantikan suntikan vitamin C itu.

Spa berkenaan contohnya, turut memperkenalkan serum vitamin C bagi membantu wanita mengatasi tanda penuaan tanpa perlu menjalani proses suntikan pada wajah.

Zalina berkata, kebaikan vitamin C dalam dunia kecantikan tidak boleh disangkal dan boleh diumpamakan seperti ‘emas’ yang menjadi rebutan wanita bagi tujuan kecantikan.

Untuk itu, pihaknya membuat penyelidikan dan mendapati bahan semula jadi seperti buah-buahan sebenarnya kaya dengan vitamin C dan mempunyai kesan yang sama seperti melakukan suntikan terbabit.

Penyelidikan berkenaan membawa kepada pengenalan produk Natural Vitamin C Plus yang mengandungi ekstrak buah-buahan seperti oren, beri, strawberi di samping emulsi dan minyak jojoba bagi memberi kelembapan pada kulit wajah.

Zalina sebenarnya sudah lama menggunakan bahan ini dalam rawatan muka di spa miliknya, tetapi baru kini ia dikomersialkan.

“Melihatkan perubahan ketara pada wajah pelanggan terdahulu, saya mengambil keputusan untuk mengkomersialkannya dan memberi nama Natural Vitamin C Plus.

“Tidak seperti suntikan yang menyakitkan, cara penggunaan serum itu cukup mudah iaitu hanya sapukan di sekitar muka dan urut supaya bahan berkenaan meresap jauh ke dalam kulit.

“Serum ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur berbanding suntikan dan boleh dipakai sendiri di rumah sebelum tidur tanpa pengawasan pakar,” katanya.

Serum unik itu membantu memberi kelembapan berpanjangan pada kulit selain mengurangkan kedutan atau garis halus pada wajah.

Zalina berkata, apabila dibuka, serum itu perlu dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu kira-kira dua minggu kerana jika tidak kesannya akan berkurangan.

Harga serum itu juga berpatutan berbanding suntikan kerana ia mampu tahan sehingga tiga bulan.

Pemakaian yang konsisten dapat membantu mencerahkan dengan segera ton kulit yang gelap dan kusam, sekali gus menghilangkan tompok hitam.

“Serum ini dapat membantu membaiki struktur kulit serta menggalakkan pembentukan sel kolagen dan menganjalkan kulit.

“Ia dipakai sebelum tidur selepas mencuci muka tanpa perlu memakai bersama krim malam. Ramai yang sudah mencuba dan alhamdulillah, berpuas hati dengan hasil yang diterima,” katanya.

Kredit: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Serumlawanpenuaan/Article/index_html

Google Tag Search Result:

2 434

Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?

Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air.

Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate.

Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah.

Namun, disebalik kebaikkan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Dan sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Dipetik daripada Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil, untuk mengatasi masalah ini adalah ibu mengandung dinasihatkan untuk meminum air paling kurang 7 gelas sehari.

Selain daripada itu, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang banyak seperti pisang.

Dalam Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan cara bagaimana mengatasi pelbagai masalah yang biasanya ibu mengandung alami.

Bukan itu sahaja, Panduan ini juga membincangkan bagaimana ibu mengandung dapat mengatasi masalah-masalah ketika hamil.

Sumber dipetik daripada : http://www.9bulan.info/index.php?ref=bantuan

Google Tag Search Result:

16 1941
healthy-pregnant-woman

Amalkan Makanan Yang Seimbang

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Google Tag Search Result:

0 191
ibuhamil-puasa

Ibu Hamil Di Bulan Ramadhan

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan
Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Ibu menyusu
Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam.

Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu.

Google Tag Search Result:

0 683

Stretch Mark

Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang menyebabkan kulit meregang.

Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut (kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.

Sebelum Atau Semasa Kehamilan

Google Tag Search Result:

0 337

Wajah yang jelita dan susuk badan yang ramping sememangnya idaman setiap wanita.

Demi mencapai kesan pelangsingan yang berpanjang, kita mesti kurangkan pengambilan kalori dan meningkatan pembakaran lemak pada masa yang sama.
Sebagai penduduk kota, kehidupan kita amat sibuk dan tiada masa untuk bersenam.

Malahan, kebanyakkan wanita tidak dapat menahan godaan makanan yang sedap.

Kajian menunjukkan kini kadar penyerapan lemak bagi kebanyakkan orang melebihi 30% daripada kadar standard yang dicadangkan. Justeru itu, mereka menjadi semakin gemuk.

Dengan hanya mengambil 1 sachet X-Perfect sewaktu sarapan, dan X-Detoxx tanpa perlu mengawal pemakanan saya serta tidak bersenam (kerana kekurangan masa), saya telah turun 7kg dalam masa 7 minggu. Sejak 2011, saya hanya mengamalkan produk ini dan dengan gembira dapat mengekalkan bentuk badan yang saya idamkan.

Tanpa diet atau bersenam, masih boleh turun sehingga 1kg setiap minggu! Jangan tunggu lagi, dapatkan X-Perfect sekarang juga!

Kandungan X-Perfect

Kandungan produk X-Perfect:

  1. Ekstrak Halia Mangga – dikenali sebagai Mangga Afrika, iaitu sejenis buah-buahan yang kerap dimakan oleh penduduk Afrika Barat. Ekstrak ini dapat menyekat penghasilan lemak badan, mengawal atur metabolism, meningkatkan penguraian lemak dan membakar lemak dengan berkesan.
  2. Garcenia Cambogia – dikenali juga sebagai Buah Manggis atau beri Brindle. telah berabad-abad digunakan di Asia Tenggara dan India sebagai ramuan pengurangan berat badan. Ia berkemampuan untuk mengurangkan atau mengawal selera makan, menahan pengambilan kalori, mengurangkan keinginan terhadap pengambilan karbohidrat dan melambatkan proses penukaran karbohidrat berlebihan kepada lemak.
  3. Enzim Penghadaman – ia menolong membebsakan nutrient daripada makanan dan kemudiannya diserap dan digunakan oleh badan. ia memperbaiki dan mengutakan sistem penghadaman, mengutakan sistem imun, membekalkan protein untuk pembinaan otot, membersihkan darah dan menguraikan toksin.
  4. Probiotik – membantu mnyekat bacteria jahat, menguatkan ketahanan saluran penghadaman, meningkatkan pembakaran lemak dan merangsang peristalsis usus
  5. Chitosan – sejenis serat istimewa yang boleh menyerap lemak dan minyak yang lebih berat daripadanya sebanyak 6 hingga 10 kali ganda. Ia akan bertukar kepada bentuk gel untuk memerangkap lemak demi menghalang penyerapan dan penyimpanan lemak.

Dos yang disyorkan:

  • Ambil satu sachet sehari, sejurus sebelum atas sejurus selepas sarapan, dan sebelum 10am.
  • 1 sachet, dicampur dengan air sejuk/air suam/air suhu bilik sebanyak 150ml.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Goncang menggunakan shaker atau kacau sehingga larut dan minum.

Google Tag Search Result: