Blog IBU HAMIL Rotating Header Image

Rujuk dan Pengertiannya

Rujuk bererti kembali, suami mengambil kembali isteri yang dicerai ke pangkuannya.

Firman Allah S.W.T
Maksudnya : …Dan suami-suami berhak merujuki isteri-isteri mereka dalam tempoh tersebut sekiranya mereka mahu berdamai….
( Surah al-Baqarah : Ayat 228 )

Seorang suami boleh merujuki bekas isterinya setelah dicerai denga talak satu atau talak dua. Sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak tiga tetapi ingin kembali kepada bekas isterinya semula, mereka hendaklah dinikahkan dengan akad nikah yang baru, dengan syarat perempuan itu telah habis idah daripada bekas suaminya yang lain.

Suami boleh rujuk isterinya hanya semasa dalam tempoh idah raj’i sahaja. Lafaz rujuk boleh dilakukan secara terus terang atau secara sindiran

Contohnya : “ Saya rujuk awak “, atau “ Saya jadikan awak milik saya semula “.

Suami hendaklah merujuki bekas isterinya di hadapan kadi supaya tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini.

  • Wajib – Bagi suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya ( sekiranya suami berkahwin lebih daripada satu ) dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang dicerai itu.
  • Haram – Sekiranya rujuk mendatangkan kemudaratan kepada isterinya.
  • Makruh – Sekiranya penceraian lebih baik daripada mereka berbaik-baik semula.
  • Harus – Sekiranya rujuk akan membawa kebahagiaan kepada isteri dan ahli-ahli keluarga yang lain.

Google Tag Search Result:


Leave a Reply