Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Resipi Puri Avacado

avacado puree

Bahan-bahan ( >10 kali makan )

  • 1 biji Avocado masak

Cara-cara

  1. Biasanya Avocado yang dibeli dari pasaraya belum cukup masak untuk dibuat puree – hijau muda/tua, keras
  2. Simpan Avocado dalam bakul, terdedah dengan udara di dalam suhu bilik supaya Avocado boleh masak dalam masa 1-3 hari. Avocado tidak akan masak jika disimpan dalam peti sejuk.
  3. Tanda-tanda avocado masak – kulit berwarna perang keseluruhannya, lembik bila ditekan. AWAS: jika lebih dari 3 hari di luar peti sejuk, kemungkinan besar Avocado anda sudah busuk.
  4. Potong dan keluarkan isi Avocado seperti disini http://www.youtube.com/watch?v=PAAMx_R523o
  5. Isi avocado yang betul-betul masak adalah bertekstur lembut dan berkrim (creamy). Kepada mereka yang tidak biasa, bau nya memang seperti daun dan rasanya seperti mentega kelat. Tetapi bayi anda memang akan sukakannya!
  6. Masukkan isi avocado dalam mangkuk dan lecek dengan garpu sehingga betul-betul lumat.
  7. Masukkan isi avocado yang lumat ke dalam ice tray dan letak di bahagian freezer untuk tahan lama
  8. Avocado tidak perlu dipanaskan sebelum diberi kepada bayi. Hanya keluarkan seketul dari ice tray dan campurkan dalam bubur bayi atau potong kecil2 dan suap seperti aiskerim.

Kredit | Image

Google Tag Search Result: