Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Punca Dan Cara Mengelak Keracunan Makanan

Sakit Perut Keracunan Makanan

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :

  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4  jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  • Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.


Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

• Sentiasa menjaga kebersihan

  • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain

• Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:

  • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
  • Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang

• Sentiasa masak dengan sempurna

  • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut

• Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul

  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku

• Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih

  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
  • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput

• Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar

  • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Ikut nasihat doktor
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.