TERBAIK UNTUK ANDA :
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
- Bayi lahir pra matang
- Darah ibu dan bayi yang berlainan.
- Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
- Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
- Etnik Asia
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Incoming search terms:
- punca jaundis
- ibu mengandung demam
- punca demam kuning
- punca bayi kuning
- punca bayi demam kuning
- punca hati kuning
- bayi kuning punca
- demam punca hamil
- punca bayi jaundis

















OXYTOCIN – sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Oxytocin
BILIRUBIN – sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Bilirubin
Saya nak tanya, ada kaitan tak antara warna kuning dengan demam kuning pada bayi, rumah saya cat warna kuning, org tua ckp tk leh, nanti bleh jd punca bayi kena demam kuning. Betul ke?