Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

21 Kegunaan Aloe Vera / Lidah Buaya

Kegunaan Lidah Buaya

Aloe vera atau Lidah Buaya adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua.

Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.

Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera.

  1. Menghentikan pertumbuhan tumor
  2. Merendahkan kadar kolesterol
  3. Memperbaiki sel darah
  4. Menambah oksigen di dalam darah
  5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
  6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
  7. Menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
  8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
  9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
  10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
  11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
  12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
  13. Menghentikan kanser colon
  14. Sebagai pelincir salur perkumuhan
  15. Menghilangkan buasir
  16. Meneutralkan gula di dalam darah
  17. Memelihara buah pinggang dari penyakit
  18. Menghalang jangkitan
  19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
  20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
  21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)

Sumber | Gambar