Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Petua Daun Buluh Lambatkan Proses Rambut Beruban

Petua Elak Rambut Beruban

Rambut yang mempunyai uban boleh menyebabkan seseorang itu berasa malu. Lagi pula rambut uban zaman sekarang bukan hanya tumbuh pada orang tua sahaja, namun kepada golongan muda. Hal ini amat merungsingkan.

Untuk itu terdapat petua yang boleh membantu anda mengatasi atau melambatkan proses perubahan rambut putih ini. Antaranya adalah seperti yang berikut.

  1. Sediakan sepuluh helai daun buluh dan potongkan menjadi halus.
  2. Daun tersebut ditumbuk sehingga lumat.
  3. Kemudian sapukan pada seluruh rambut anda.

Jika diamalkan sekali dalam tempoh seminggu, rambut akan lambat beruban dan dapat menghitamkan lagi rambut anda.