Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Perubahan Selepas Berkahwin

Kepada teman-teman yang berhajat merasmikan tambatan janji dengan izin berwali, ijab bersaksi antara dua jiwa satu hati. Kepada pasangan² yang akan melangkah ke alam rumahtangga moga anda berkongsi matlamat hidup yang sama, sama² memahami dan sama² menyetujui.

Bentuklah kebahagiaan bersamanya… relakan diri untuk bertolak ansur dalam beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama.

Jangan mengimpikan hidup kita seindah kisah novel cinta yang kita baca, realiti kebahagiaan bergantung bagaimana kita dapat menerima cacat cela yang ada bukan kerana kita memiliki semua yang sempurna.
Dan…ini adalah satu artikel lama yang masih disimpan untuk renungan bersama …untuk yang dah berkahwin, yang akan berkahwin atau yang sengaja gatal² nak berkahwin…

Bila anda memasuki fasa awal perkahwinan ataupun bakal melangsungkan nya,bersedialah menghadapi perubahan-perubahan ini dan sedaya upaya belajar menyesuaikan diri supaya hubungan cinta selepas kahwin akan berkekalan.

PERUBAHAN GAYA HIDUP
Umumnya yang baru berumahtangga harus banyak menabung untuk membiayai keperluan rumahtangga. Keadaan ini berbeza ketika bujang kerna pendapatan hanya ditujukan untuk diri sendiri

PERUBAHAN TEMAN-TEMAN
Perkahwinan membuatkan seseorang memiliki peluang mendapat teman baru atau bertemu jiran baru ataupun tambahan teman daripada pasangan. Pada masa yang sama ia juga akan membuatkan seseorang akan kehilangan teman. Perubahan status diri akan membuat seseorang cenderung mencari teman yang mempunyai status yang sama untuk berkongsi perasaan.

PERUBAHAN PANDANGAN
Selapas berkahwin seseorang itu melihat dunia ini lebih realistic. Jika dulu inginkan pasangan yang bersemangat dan berpenampilan tapi setiap masa,setelah mendirikan rumaahtangga keadaannya berbeza. Anda tidak akan menuntut hal yg sama dan tidak kisah melihat pasangana berpenampilan biasa-biasa asalkan tahu hatinya senang.

PERUBAHAN PERIBADI
Sebelum berrumahtangga setiap orang akan sedaya upaya menunjukkan peribadi atau sikap yang terbaik,tetapi setelah sebumbung bersedialah menghadapi perkara-perkara buruk daripadanya.

PERUBAHAN PENAMPILAN
Sebelum bernikah pasangan anda selalu dilihat rapi,wangi,cantik dan sedap mata memandang, bersiaplah untuk melihat pemandangan sebaliknya. Jangan kecewa melihat nya dalam keadaan tidak sempurna kerana tiada dandanan atau solekan yang dapat bertahan 24jam. Itu belum lagi di saat-saat dia dilanda masalah atau sakit…

PERUBAHAN SETELAH HADIRNYA ANAK
Semua perubahan yang disebutkan tadi akan berulang kembali atau bertambah selepas kehadiran di kecil. Kehadiran cahaya mata membawa perubahan yang sangat besar dalam suatu perkahwinan. Janganlah mengelakkannya kerana segala perubahan atau penambahan tanggungjawap ketika lahirnya anak akan terbayar dengan kebahagiaan yang anda dan pasangan rasakan.

Google Tag Search Result:

Leave a Reply