Blog IBU HAMIL Rotating Header Image

Pengertian Talak

Talak dan pengertiannya :

Talak ialah suatu cara penyelesaian yang terakhir apabila pihak suami dan isteri tidak menemui jalan perdamaian untuk bersama dalam sebuah rumah tangga.Menurut istilah syarak, talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara suami dengan isteri melalui lafaz talak atau lain-lain.

Talak terlaksana apabila seorang suami melafazkan perkataan cerai, seperti:

” Aku ceraikan engkau “

Dengan lafaz tersebut, terpisahlah mereka sebagai suami isteri, dan semua pergaulan mereka terbatas.

 

Hukum dan Penyelesaian

Wajib – Jika perselisihan antara suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju, mereka perlu bercerai.

Sunat – Apabila seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.

Makruh – Jika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang baik tanpa terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu.

Haram – Seorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau nifas.

Harus – Apabila tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri.

 

* Talak sunat, iaitu suami menjatuhi talak kepada isterinya mengikut peraturan agama, seperti menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan belum disetubuhi.
* Talak Bid’ad, iaitu suami menjatuhi talak kepada isterinya dengan tidak mengikut peraturan seperti, menceraikan isterinya ketika haid atau nifas, atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus.

 

Talak satu
Suami menceraikan isterinya dengan talak satu. Semasa idah , suami boleh merujuki isterinya kembali

Talak dua
Suami menceraikan isterinya dengan talak dua sekaligus atau penceraian yang berlaku pada kali kedua. Ketika idah suami boleh merujuki isterinya kembali

Talak tiga
Seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus atau penceraian yang berlaku kali ketiga. Apabila seorang isteri telah dicerai dengan talak tiga, bekas suaminya tidak boleh merujuki kembali atau berkahwin semula dengan bekas isterinya, melainkan isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain dan telah disetubuhi, kemudian dicerai, dan tamat tempoh idahnya

Google Tag Search Result:


Leave a Reply