Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Pelajar Buang Mayat Anak Di Stesen Minyak

PONTIAN: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang baru bersalin, dikesan menunggang motosikal sendirian dari Kuala Pilah sambil membawa bersamanya mayat bayi yang dilahirkan itu dalam beg sebelum membuangnya dalam tandas stesen minyak dekat Jalan Api-Api di sini, pada Ahad lalu.
Perbuatan gadis berusia 20 tahun itu terbongkar hasil siasatan Polis Pontian, susulan penemuan mayat bayi lelaki terbabit dibalut dengan kain dan disorok dalam beg pakaian ditinggalkan di tandas berkenaan, sebelum menahan suspek di rumah keluarganya dekat Kampung Api-Api, jam 9 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata siasatan awal polis mendapati bayi berkenaan mati selepas dilahirkan dalam tandas rumah sewa pelajar terbabit di Kuala Pilah.

“Bayi itu meninggal dunia pada 19 Februari lalu selepas dilahirkan. Pada 20 Februari, suspek dengan menunggang motosikal membawa mayat bayi yang diletakkan dalam beg dari Kuala Pilah ke Pontian, Johor,” katanya di sini, semalam. -Berita Harian

Leave a Reply