
Amalkan Makanan Yang Seimbang
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
-
Berat bayi : 2.5 – 3 kg
-
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
-
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
-
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
-
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
-
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
-
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
-
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
-
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
-
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
-
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
-
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
-
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan










Salam..
Saya bakal menjadi ibu kepada anak kedua, anak pertama telah berusia 1 tahun 1 bulan, kini saya sedang mengandung 6 minggu dan saya gemar sangat makan limau mandarin yang bersaiz kecil .Hampir setiap hari saya akan menghabiskan 6 biji limau mini itu setiap hari. Saya ingin bertanya puan, sama ada kelebihan vitamin c untuk ibu mengandung atau cara pemakanan saya boleh memudaratkan kandungan saya atau tidak ada masalah. Terima kasih atas respon puan.
Salam,saya mengandung hampir 10 minggu,saya memang suka mkn limau,tp suami kata tak elok makan limau selalu takut memudaratkan baby dlm kandungan,apakah cadangan bagi pihak puan?
Emma,Shah Alam
saya mengalami masalah vagina sakit dan berasa pening serta mual.saya telah mengambil ubat period walaupun tarikh period tinggal lagi 10 hari.Hal ini kerana suami saya tidak mahu baby sekarang kerana kami baru berkahwin 2 bulan .apakah ini simptom menganduang?adakah saya akan dapat kesan jika makan ubat period?
saya hamil 31 mingu dah sedang mengalami sakit gigi yg berlarutan…saya telah pun pergi ke klinik biasa utk mendapatkan rawatan…doktor yg bertugas hanya memberikan saya panadol, ubat kurang bengkak..soalan saya..adakah selamat kandungan saya, jika saya makan panadol dan ubat kurangkan bengkak tersebut?memandangkan kesakitan yg saya alami terlalu menyukarkan keadaan saya.terima kasih.
saya hamil 6 mingu dan suka sangat makan seperti ketam udang.hampir setiap hari saya makan.saya juga kurang makan sayur..soalan saya tiada masalah ka jika kandungan saya yang masih awal ne saya mengambil makanan seperti itu?.sekian terima kasih.
saya hamil 9 minggu, ini kandungan pertama saya. semasa saya hamil dari 5 minggu, sering keluar cecair warna kekuningan/coklat dari kemaluan saya. apakah tanda2 masalah itu?
akuhamil 3 bulan tapi berat badan ku gak naik2..gimana dong
saya hamil 6 minggu dan merupakan baby pertama saya..tetapi mood/selera makan saya mula hilang. adakah ini akan mempengaruhi bayi dlm kandungan saya?.
salam…saya mengandungkan anak sulung,usia kandungan kini sudah 4 bulan…masalahya saya kurang minum susu melainkan,susu sttrawberry atau coklat,dari segi pemakanan saya akan makan juga apa2 makanan yang di masak diasrama walaupun tekak saya sentiasa berasa loya untuk menerime makanan yg berminyak,pedas dan berempah..tetapi rasa loya dan pening mengakibatkan saya sentiasa ponteng kelas dan makan tak menentu…
salam…
kandungan saya da masuk 5 bulan…
berat badan da naik 5kg drpd berat sblm hamil…
mcm mane untuk saya mengawal pemakanan agar berat badan xnaik lagi…
salam….
kandungan sya dah masuk 12 minggu…
sya ada jg membuat scan untuk melihat jantung bayi,tp malangnya doktor ada beri tahu janin sya belum nampak jantung…adakah ini boleh menyabbkan keguguran?
Dapatkan petua mengandung di sini..
Apa yg PRUmy child cover?
- Pregnancy Complications / komplikasi mengandung
- Death of foetus, child, and mother / kematian fetus, anak dan ibu
- ICU / HDU for premature birth
- Incubation of new born
- Hospitalisation due to congenital conditions / kemasukan hospital kerana penyakit konginetal
Siapa boleh beli insurans ini?
- Wanita mengandung yg berumur 18 ke 45 tahun
- mengandung 18 ke 35 minggu
Pertama di Malaysia….0132927090/0122866100 isnazran@gmail.com
salam, umur saya 34 thn, saya pregnant baru 6 minggu masalah saya takut janin saya ada masalah disebabkan sebelum ni saya makan pil perancang bernama postinor 2 dan saya merokok, bagaimana baby sy nanti cacat ke dia. skarang sy dh stop smoke & mkan pil tu, sy nk baby sy sihat…
BiH, terdapat iklan yg “overlap” artikel, minta ambil kira isu ini sbb menggangu utk membaca artikel terutama nya banner brsaiz portrait pd sblh kanan. sangat2 menggangu.
artikel yg sgt bgus untuk ibu hamil..thanks ya..