Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Panduan Lengkap Cara Mencuci, Mengering Dan Mengebah Pakaian


Panduan Membasuh

Panduan membasuh ini sebenarnya dah ada kat mannual mesin basuh yang diberi semasa kita membeli mesin basuh, seperti :

  1. Asingkan pakaian berwarna daripada pakaian tak berwarna, agar kalau ada pakaian yang turun warna tu tidak melekat pada pakaian lain.
  2. Grupkan pakaian mengikut jenis kain..cotton sama cotton, wool sama wool, dll..agar basuhan efisien..yang ini sebenarnya tertakluk kepada fungsi mesin basuh anda. (Jika anda perasan pakaian yang siap dibeli ada tag di mana-mana bahagian pakaian itu yang memberitahu jenis fabrik dan indeks cucian/rendaman/menyeterika..)
  3. Kosongkan segala isi poket seperti duit syiling, pin, dll benda kecil, ..untuk mengelakkan ianya daripada tersangkut di dalam mesin basuh lalu merosakkannya.. termasuklah resit tol dll, nanti susah pulak nak buat bukti tuntutan perjalanan..
  4. Pakaian berzip hendaklah ditutup zipnya, yang berbutang hendaklah dipasang butangnya..untuk mengelakkan daripada zip/butang mudah rosak demikian jugalah dengan mesin basuh.
  5. Luruskan lengan baju, kaki seluar seandainya bergulung.. agar kotoran di tempat itu boleh dibersihkan dengan baik, dan senang masa nak mengampainya nanti.
  6. Bubuh jumlah dan jenis sabun sebagaimana yang disyorkan, berlebihan sabun menyebabkan cucian anda tidak dapat dikeringkan oleh mesin basuh, juga mengganggu sistem operasinya.
  7. Basuhlah mengikut panduan yang diberi dalam mannual mesin basuh.

Rasanya ramai yang tidak ikut betul-betul panduan ini..tak apalah, asalkan tidak merosakkan pakaian dan mesin basuh..Untuk memastikan perkara di atas, memuatkan pakaian ke dalam mesin basuh hendaklah dibuat satu demi satu. Jangan pula dari mulut beg nursery terus ke mulut mesin basuh, tak hairanlah entah apa-apa keluar dari mesin basuh tu nanti.. keluar botol susu versi bersih giler..Setelah basuhan selesai, keluarkan kesemua cucian daripada mesin basuh untuk dijemur. Pusingkan besin dalam mesin basuh dua tiga kali untuk memastikan kesemua cucian tidak tertinggal di dalamnya terutama cucian kecil seperti stokin (untuk mesin muatan depan-front loading).

Panduan Menjemur Cucian

  1. ‘Kebah’ cucian sebelum ianya disidai, supaya hilang segala kedutan.
  2. Luruskan mana-mana bahagian cucian yang berlipat dan bergulung, jika masih ada.
  3. Sebaik-baiknya terbalikkan cucian (sebelah dalam keluar), agar ianya tidak mudah pudar..dimakan cahaya matahari.. dan lebih cepat kering.
  4. Sebaik-baiknya disepit jemuran agar tidak jatuh, diterbangkan angin..
  5. Sepit cucian secara berdiri (anda pun kena berdirilah juga), membantu pakaian lagi cepat kering dan tidak perlu diterbalikkan lagi (bukan maksud terbalik dalam panduan no. 3).

Anda akan dapati panduan ini amat bermakna jika anda mahu cucian lebih cepat kering sedangkan cuaca tidak berapa baik, atau anda mengejar masa hendak ke mana-mana selepas makan tengahari..ataupun banyaknya cucian yang hendak dikeringkan pada hari tersebut..Anda mungkin rasa panduan ini melambatkan anda yang sentiasa mengejar masa, yalah nak check segala benda satu persatu dan nak kena sepit jemuran pula satu demi satu, lepas tu bila nak angkat, kena pulak buka sepit satu-satu..

Oh ya, cucian yang masih lembab semasa diangkat hendaklah disidai di mana-mana tempat yang sesuai di tempat yang berbumbung, tapi janganlah disidai dikerusi-kerusi meja makan di dapur atau di ruang tamu, semak rumah melihatnya.

Panduan ‘Mengebah’

Bagi yang tidak tahu makna ‘kebah’, pegang cucian di penjuru atas kiri dan kanan, tangan kiri di penjuru atas kiri dan tangan kanan di penjuru atas kanan. Kibarkan cucian itu di udara 2-3 kali, sehingga segala kedutan dan apa-apa yang terlipat menjadi lurus. Barulah disidai cucian itu..

(Bersama panduan ini, saya hendak memberikan kakak ipar saya ‘best compliment’ kerana saya rasa dialah orang yang paling cekap dalam bab basuh membasuh dan jemur menjemur ni, di samping cekap dalam banyak perkara lain).

Kredit:
Cara Mencuci Pakaian Yang Betul

Google Tag Search Result: