Pakaian Yang Harus Dielakkan Semasa Hamil

Posted by fatihah one Commented May 14 2009

Under: Fesyen, Si Ibu

Pilihan Ditangan Anda!!

Pilihan Ditangan Anda!!

Adalah menjadi satu kesukaran berpakaian bagi ibu hamil yang baru pertama kali melangkah ke alam kehamilan.

Ramai yang mengeluh kerana ada yang kurang arif dalam memilih pakaian yan sesuai. Biasanya masalah ini lebih kerap dialami oleh ibu-ibu hamil yang bekerjaya.

Pakaian kerja semasa hamil yang sesuai lebih diperlukan berbanding pakaian kerja biasa yang biasanya mempamerkan susuk tubuh mereka dengan pakaian yang sedikit ketatĀ  agar lebih ramping di mata umum.

Berikut adalah beberapa pakaian yang harus dielakkan semasa hamil iaitu;

  • Elakkan memakai pakaian ketat terutama fabrik dari jenis jeans.
  • Elakkan memakaiĀ  seluar dalam yang terlalu ketat.
  • Elakkan memakai baju yang terlalu ketat kerana ia akan menekan perut dan tekanan tersebut akan membuatkan anda tidak selesa.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Kasut ini amat membahayakan pemakainya kerana kestabilannya kurang.

Apa yang penting sekali adalah mengamalkan memakai pakaian yang longgar dan bersesuaian dengan bentuk badan anda. Utamakan keselesaan anda dan kandungan anda.

Popularity: 30% [?]

One Response to “Pakaian Yang Harus Dielakkan Semasa Hamil”

  1. [...] This post was Twitted by mustaffayasin - Real-url.org [...]




Leave a Reply

iklan berbayar