Apa itu IUD (Intrauterine Device)?
IUD ialah satu alat plastik kecil yang diletakan didalam rahim wanita sebagai cara untuk mengelak dari hamil. Terdapat 2 jenis IUD di Malaysia. Satu jenis mengandungi ubat progestogen yang dipanggil MIRENA dan satu lagi IUCD yang mengandungi kupur didalamnya.
Bagaimana IUD bertindak?
Bagi IUD yang mengandungi kupur ( copper ), kehamilan dielakkan dengan menghalang sperma dari memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Ia juga bertindak dengan menghalang telur yang sudah tersenyawa dari melekat di dinding rahim seterusnya menghalang implantasi dari berlaku.
MIRENA pula ialah IUD yang mengandungi hormon progestogen, bertindak lebih kurang sama dengan IUD biasa tapi dengan satu tindakan tambahan iaitu menipiskan dinding rahim seterusnya menyebabkan rahim tidak bersedia untuk implantasi berlaku. MIRENA sangat sesuai untuk mereka yang mengalami haid yang banyak kerana aliran darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa dengan memakai MIRENA.













