Susu ibu
* khasiat penting kepada bayi
* melindungi bayi daripada penyakit
* memberi segala keperluan untuk bayi dari tempoh lahir sehingga 6 bulan
* ramai ibu masih menyusukan anak selepas usia bayi 6 bulan disamping memberi makanan lain
* cara paling baik untuk mengekalkan bekalan susu yang baik ialah dengan:
* menyusukan bayi dengan kerap
* mengambil makanan yang seimbang sewaktu kehamilan dan selepas melahirkan
Nasihat khusus untuk ibu bekerja
* bayi anda masih boleh menerima khasiat susu ibu walaupun anda keluar bekerja
* memberikan sebahagian daripada susu ibu adalah lebih baik daripada memberikan susu botol sepenuhnya
* jadi berilah susu ibu walaupun anda dinasihatkan untuk memberikan makanan lain
* sekiranya anda tidur dengan bayi anda, bayi anda dapat meyusu tanpa menggangu anda tidur
* susuilah bayi anda dahulu sebelum anda keluar bekerja di waktu pagi dan apabila pulang
* jika anda memberikan bayi anda kedua-dua susu botol dan susu ibu, mulai dengan memberi susu ibu terlebih dahulu
Dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan tambahan anak
* memberi makanan yang tidak sesuai kepada bayi boleh memudaratkan bayi
* memperkenalkan susu botol, makanan dan minuman lain boleh memberikan kesan negatif kepada susu ibu
* selalulah minta nasihat pakar kesihatan sebelum memperkenalkan makanan lain selain daripada susu ibu
Pemberian susu tambahan
* jika doktor mencadangkan makanan lain sebagai tambahan atau menggantikan susu ibu, apabila bayi berusia 4 bulan atau 6 bulan adalah lebih baik memberikannya susu rumusan yang memenuhi standard mutu yang diiktiraf
* jika ia digunakan dengan betul, ia dapat memberkan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam bentuk yang mudah dihadamkan
* anda memerlukan lebih satu tin (500g) seminggu jika bayi anda menyusu dengan susu botol sahaja
* sebaik sahaja bayi anda meningkat usianya, berikan ia susu rumusan dengan menggunakan cawan dan susu
Google Tag Search Result:
- keperluan bayi sebelum lahir (58)
- makanan seimbang untuk bayi 6 bulan (14)
- nasihat untuk ibu hamil (10)










assalammualaikum..
saya nak minta nasihat, anak saya sudah berumur 2 tahun dan masih kuat menyusu badan. masalah saya ialah, anak saya hanya akan tidur bila dapat menyusu badan. saya agak risau kerana dia tidak dapat tidur walaupun cuba didodoi atau dengan cara menepuk belakang..bagaimana caranya untuk buat anak saya tidur tanpa menyusu sebab kalau dia menyusu, mesti lama dan ini menyebabkan puting saya menjadi sakit..harap tuan dan puan dapat menolong saya..terima ksaih