Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Muntah Teruk Semasa Hamil

Muntah Semasa Hamil

Jika keadaan anda teruk, anda harus berjumpa doktor dengan segera. Walaupun mabuk hamil adalah perkara biasa dan selalunya tidak membahayakan anda atau bayi, muntah-muntah yang teruk boleh:

  • menjejaskan nutrisi badan anda;
  • menyebabkan dehidrasi;
  • menyebabkan penurunan berat.

Sindrom ini dipanggil hiperemesis gravidarum, yang secara ringkasnya bermaksud “muntah yang berlebihan semasa hamil”.

Hiperemesis berlaku sangat awal, biasanya sebelum minggu kelima. Penting bagi anda mendapatkan bantuan secepat mungkin kerana rawatan segera dapat mengelakkan masalah ini menjadi lebih teruk. Doktor anda boleh menjalankan ujian darah dan air kencing selain membuat imbasan untuk memeriksa kesihatan anda dan menyingkirkan faktor-faktor lain yang menyebabkan anda sakit.

Jika anda muntah banyak kali dalam masa sehari, doktor biasanya akan memberi ubat tahan muntah atau antihistamin (ianya selamat bagi bayi). Anda mungkin perlu mengambilnya beberapa kali sebelum anda berasa lega. Jika antihistamin tidak berkesan, ubat-ubat lain boleh juga diberi.

Jika rawatan di rumah tidak menghentikan muntah, anda mungkin akan mengalami dehidrasi, tidak cukup nutrisi atau mula kehilangan berat. Jika ini berlaku, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital di mana anda akan disambungkan dengan titisan intravenous (IV) untuk menggantikan cecair, vitamin dan mineral yang hilang daripada badan. Ubat anti muntah juga mungkin ditambah ke dalam titisan tersebut atau diberi melalui suntikan.

Kredit:   http://www.babycenter.com.my

Google Tag Search Result: