Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya
ketentuan Tuhan, namun begitu anda
sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya.
Sekiranya anda inginkan kehamilan
yang sihat dan janin yang dikandung sempurna
bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang
perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah
ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah
anda benar-benar hamil.
Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya
anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan
sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok
ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda
kandung lahir dengan berat badan yang kurang.
Makan Makanan Sihat
Makanlah menu makanan yang mengandungi lima
jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh
tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan
berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi
susu, daging dan protein.
Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu
dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar
alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh
wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga
harus dikurangkan.
Nasihat Doktor
Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor.
Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan
bayi dalam kandungan.
Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil.
Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan
asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan
risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan
sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.
Google Tag Search Result:
- perkara yang membahayakan kandungan (12)
- senaman kegel untuk wanita (11)
- amalan ibu mengandung trimester pertama (1)










thanks 4 the info..