Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

7 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

Pasangan Bergaduh

Selalunya wanita terkenal dengan sikap mudah merajuk berbanding dengan lelaki. Tetapi, kalau kaum lelaki yang merajuk kadang-kadang mengalahkan wanita pula. Bagaimana nak selesaikan masalah ini ya? Nah! Di bawah ini ada beberapa tips bagaimana boleh membantu anda memujuk lelaki yang sedang merajuk :

1 – Beri ruang

Jika dia sedang merajuk, biarkan dia bersendirian seketika dahulu. Mungkin dia perlukan sedikit ruang dan waktu untuk menenangkan semula fikirannya. Pada waktu itu, membolehkannya dia berfikir tentang apa yang telah berlaku. Untuk sementara waktu anda hanya perlu mendiamkan diri dan biarkan dia kembali tenang.

2 – Hulur sokongan

Sebagai wanita kesayangan dan amat memahami, hulurkan dia sokongan yang diperlukan. Semasa menonton TV anda perasan dia masih mendiamkan dirinya dan tidak mengendahkan anda. Tidak mengapa, anda layan rentak dan biarkan sahaja dia mungkin sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku. Jangan pula anda  mengubah saluran siaran televisyen ke saluran lain ketika dia sedang menontonnya.

3 – Jangan banyak tanya

Anda pun tahu dia sedang merajuk, janganlah pula anda bertanyakan dia soalan-soalan seperti kenapa, sebab apa merajuk, apakah perasaannya dan sebagainya. Hindarilah pertanyaan-pertanyaan sedemikian kerana ini boleh mengganggu kosentrasi dia dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dikhuatiri nanti si dia akan menjauhkan diri daripada anda kerana dia berasa tidak selesa dan terganggu.

4 – Gembirakan hati

Apabila seseorang lelaki merajuk, dicadangkan anda membiarkan dia bersendirian dahulu. Anda bolehlah ambil peluang buat sesuatu perkara yang boleh menggembirakan hati anda seperti menjahit, memasak, membaca novel/majalah atau pun membeli-belah. Sekurang-kurangnya anda tidak menganggu dan mengharapkan dia boleh cepat kembali pulih dari merajuknya.

5 – Berterus-terang dalam perhubungan

Demi mengeratkan perhubungan anda berdua digalakkan supaya mengambil jalan tengah iaitu dengan berterus-terang sahaja. Janganlah anda berselindung dan berdusta, berkatalah benar pada si dia kenapa anda merajuk. Jika anda berterus-terang ini menunjukkan bahawa anda sebenarnya mengambil berat dan amat menyayangi dia.

6 – Bertolak-ansur

Seperti yang dinyatakan seperti di atas tadi, memang sukar sekali ya kalau mahu memujuk seorang lelaki yang merajuk. Jadi di sini memerlukan kebijaksanaan anda untuk menggunakan cara anda tersendiri dalam memenangi hatinya agar dia cepat reda dari merajuknya.

7 – Ungkapkan kata-kata manis

Cubalah anda memujuknya sambil bergurau-senda dan memanggil dia dengan nama panggilan manjanya. Manalah tahu hatinya akan lembut semula dan hilanglah rajuknya nanti. Kalau nak lebih romantis agar dia mudah tersenyum dan tersentuh hatinya, tidak salah anda cuba mengingatkan semula saat-saat manis yang pernah anda lalui berdua sebelum ini