Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Meleraikan Pergaduhan Adik Dan Abang Mengikut Kaedah Nabi Muhammad

Adik Beradik Berkelahi

Beritahu anak supaya berhenti dan jangan sakiti antara satu-sama lain.

Puji kebaikan kedua-duan belah pihak di hadapan kedua-duanya supaya mereka sama-sama mendengar pujian anda.

Langkah-Langkahnya

Apabila Abang mengadu sikap adik, beritahu Adik, “Jangan sakiti Abang”. Kemudian puji kebaikan Abang.

Apabila Adik pula  mengadu sikap Abang, beritahu Abang, “Jangan sakiti Adik”. Kemudian puji kebaikan Adik.

 

Contoh Skrip

Kepada Adik katakan, “Jangan sakiti hati Abang. Abang selalu jaga Adik bila ibu dan ayah tiada di rumah.”

Kepada Abang katakan, “Jangan sakiti hati Adik. Adik selalu picit-picit kaki ibu bila ibu letih buat kerja rumah”.

 

Sumber | Gambar