Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Mayat Bayi Dijumpai Di Kampung Sim-Sim

SANDAKAN: Mayat bayi lelaki yang baru lahir ditemui di pantai Kampung Sim-Sim dekat sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata bayi dipercayai berusia seminggu itu ditemui oleh orang awam berhampiran Jambatan 7 Rumah Murah di kampung itu.

Mayat itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk dibedah siasat.

Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi polis. — BERNAMA

Google Tag Search Result:

Leave a Reply