Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Idea Untuk Kongsi Masa Terluang Dengan Anak Perempuan

Ibu dan Anak Perempuan Memasak

Para ibu sekalian, anda pasti ingin mengeratkan lagi ikatan kasih sayang dengan si anak perempuan..bukan? Oleh itu, berikut kami kongsikan tips-tips atau cara menarik untuk membantu anda berkongsi keceriaan bersama anak perempuan dan keluarga pada setiap hari. Berikut adalah cara-cara menarik berkongsi masa dengan si anak perempuan.

Berikut adalah cara-cara menarik berkongsi masa dengan si anak perempuan.

1. Aktiviti bersama di bilik tidur ibu
Lazimnya, anak perempuan memang suka sangat meluangkan masa bersama ibu terutamanya di dunia ibu. Jadi, apa kata anda ajak si manja ke bilik tidur anda dan biarkan dia mengemaskan koleksi pakaian anda? Misalnya, anda boleh benarkan si manja memilih pakaian yang perlu dilipat dalam laci dan yang mana untuk digantungkan. Selain itu, seronok juga kalau boleh mengemaskan barang kemas atau beg solek bersama si manja!

2. Seni dan kraf
Cara ini sesuai untuk anak lelaki dan perempuan. Mula-mula, pilih satu projek yang bersesuaian dengan umur anak lelaki atau perempuan anda. Mungkin anda dan si manja boleh buatkan satu hadiah untuk seorang ahli keluarga ataupun cipta satu barang hiasan kreatif untuk bilik tidur. Tetapi ingat, anak perempuan yang lebih matang mungkin lebih gemar menyahut cabaran membuat aksesori-aksesori yang lebih ‘bermutu’ dengan anda.

3. Sertai kelab
Tak rugi jika anda dan si anak perempuan menyertai kelab bersama-sama. Sama ada kelab seni, tenis atau yang lain, cuba pilih satu aktiviti yang tidak hanya fokus pada tema ‘ibu dan anak’  kerana ia dapat memberi pengalaman dan topik perkembangan yang baru!

4. Cuti sehari bersama
Sekali kala, luangkan sehari ataupun bermalam di rumah saudara mara bersama si anak perempuan. Lebih baik jika anda berdua boleh jadikannya satu pengembaraan yang bertema ‘All Girls Night’

5. ‘Movie Night’ bersama si anak perempuan
Malam ini, sediakan snek lazat dan biar anak perempuan anda memilih filem kegemarannya…anda berdua boleh duduk santai di sofa, ketawa atau menangis bersama dan enjoy!