Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Video Kitar Semula Minyak Masak Guna Teknik ‘Bleaching Earth’

Minyak masak berkeladak dan hitam yang digunakan terutama dalam industri makanan mampu dijernihkan seperti minyak baru dikeluarkan dari kilang dalam beberapa minit dengan penggunaan sejenis serbuk dikenali sebagai ‘bleaching earth’ sebelum ia dibungkus semula dan dijual kepada pengguna.

Taktik berkenaan dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab yang terbabit dalam industri biodiesel sebagai cara mudah untuk mengaut keuntungan lumayan walaupun mereka tahu ia memberi kesan kesihatan kepada pengguna sedangkan minyak berkenaan hanya sesuai untuk industri biodiesel saja.

Minyak masak terpakai berkenaan dibeli pada harga antara RM1.40 dan RM1.80 sekilogram daripada pengusaha sama ada kedai makan, kantin sekolah atau kilang atau dewan makan asrama sebelum dijual semula pada harga RM2.30 hingga RM2.50 sekilogram di pasaran.

Kebanyakan pelanggan minyak masak terpakai ini adalah mereka yang terbabit dalam industri berkaitan makanan kerana pengusaha tidak boleh membeli minyak masak pada harga subsidi sebaliknya perlu membayar harga industri iaitu RM4.75 sekilogram.