MSG merupakan penambah perisa atau aditif makanan yang banyak terdapat dalam makanan diproses dan di restoran. Walaupun FDA (Food and Drug Administration) telah mengesahkan MSG sebagai makanan selamat, terdapat pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan MSG.
Kesan MSG terhadap kesihatan
Terdapat pelbagai masaalah kesihatan yang dikaitkan dengan dengan MSG. Masaalah ini dikenali sebagai “MSG symptom complex”. Di antaranya ialah:
- Sakit kepala
- Berpeluh
- Muka kemerah-merahan dan panas
- Muka terasa bengkak
- Rasa kebas di bahagian muka, leher dan mungkin bahagian badan yang lain
- Denyut nadi yang tinggi
- Loya
- Sakit dada
- Berasa lemah
Penyelidik masih lagi mencari bukti-bukti saintifik untuk menghubungkaitkan MSG dengan simptom-simptom yang tersenarai. Walau bagaimanapun, simptom-simptom yang disenaraikan kebiasaannya adalah dalam jangka masa pendek, tidak serius dan tidak memerlukan rawatan. Cara yang terbaik untuk mengelakkan simptom-simptom tersebut adalah dengan tidak mengambil MSG.










