Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Kenali Habbatus Sauda Dan Kelebihannya

biji-habbatus-sauda jintan hitam

Kenali Habbatus Sauda / Jintan Hitam

Habbatus sawda (tulisan Jawi: الحبة السوداء), juga dikenali sebagai Jintan hitam. Nama saintifik: Nigella sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga (magnoliphyta atau angiosperm) secara tahunan yang tumbuh secara asliya di bahagian selatan dan barat daya benua Asia. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–12 in), manakala struktur daunnya yang halus, lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya pula berstruktur halus, biasanya berwarna putih dan biru pucat dengan 5 hingga 10 kelopak. Buahnya pula bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan.

Bijirin Habbatus sawda juga diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyaknya dan diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda yang meluas digunakan untuk merawat kencing manis secara tradisional dan terdapat juga dimasukkan ke dalam kapsul.

KANDUNGAN NUTRISI HABBATUS SAUDA

Minyak Habbatus Sauda’ mengandungi banyak zat aktif yang memiliki khasiat untuk mengubati pelbagai penyakit, di antaranya:

  • Alanine, Arginine, EFA (Essential Fatty Acid), Crystalline Nigellone, Linolenic (Omega 3), Linoleic (Omega6), 15 Amino Acids, Protein, Carbohydrate, Volatile Oils, Alkaloids, Saponin, Crude Fiber;
  • Minerals : calcium, iron, sodium, magnesium, selenium, potasium, zinc, carotene, niacin;
  • Vitamins : A, B1, B2, B6, C, E.
  • Asam lemak : asam linol, asam minyak, asam palmitin, asam stearin, asam myristin, asam arachin, asam palmitolein, asam gamma-linolen, asam eicosen.

KHASIAT MENGAMALKAN MAKAN HABBATUS SAUDA

  • Mengubati penyakit Diabetes Melitus
  • Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
  • Mengubati keputihan
  • Memperbaiki sistem pertahanan tubuh (antibodi)
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Memperbaiki hormon sexual, meningkatkan kesuburan lelaki (meningkatkan kualiti dan jumlah sel sperma). Ssuai untuk orang yang ingin punya cahaya mata
  • Mengatasi gangguan seksual dan masalah mati pucuk
  • Anti alergi dan anti bakteria
  • Anti radang (mengubati pelbagai jenis radang)
  • Mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus seperti cacar, herpes, dll.
  • Anti tumor dan kanser
  • Mengatasi tekanan darah tinggi
  • Mengubati tekanan darah rendah
  • Menyembuhkan jangkitan saluran kencing
  • Mengubati penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, TBC, dll)
  • Mengubati flu dan batuk
  • Menyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)
  • Mengatasi kemurungan dan kelelahan
  • Anti Oksidan dan anti penuaan
  • Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
  • Mengatasi gangguan kulit (Kulit kusam, jerawat, flek dan luka kulit)
  • Mengubati sawan dan kejang
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur
  • Mengubati gangguan sistem pencernaan seperti gastrik dan cirit-birit
  • Mengobati sakit kepala (migrain)
  • Menyembuhkan anemia (kurang hemoglobin atau darah merah)
  • Mengubati dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
  • Menormalkan aktiviti otot-otot jantung
  • Menyembuhkan penyakit hati / hepatitis dan perlemakan hati karena alcohol

Sebenarnya dari hadith nabi di atas, kita difahamkan bahawa Habbatus Sauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Kesimpulannya sekiranya kita mengalami apa-apa penyakit pun, ambillah Habbatus Sauda sebagai ubat dan penawarnya. Insya Allah penyakit akan sembuh.