Utama Artikel Kebaikan Serum Untuk Melawan Penuaan

Kebaikan Serum Untuk Melawan Penuaan

1 438

PERTAMBAHAN usia dan proses penuaan memang sinonim. Memang sudah menjadi lumrah apabila umur meningkat, kulit mula menjadi kusam, tidak bermaya dan munculnya kedutan halus di sekitar wajah.

Kita semua akan melalui proses berkenaan apabila tiba masanya kerana ia berpunca daripada pengeluaran kolagen yang semakin lemah.

Tetapi sejak kebelakangan ini, ramai wanita berhadapan dengan masalah penuaan lebih awal sebelum waktunya.

Ramai wanita mula mengalami masalah penuaan kulit seawal usia 27 tahun. Terdapat banyak faktor yang merangsang masalah ini termasuk faktor persekitaran, pemakanan dan gaya hidup.

Untuk mengatasinya, ramai wanita yang mengambil suntikan kolagen atau vitamin C yang dikatakan dapat membantu mengatasi tanda penuaan itu.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk mengekalkannya kerana perlu mengeluarkan belanja ratusan ringgit setiap kali mengulang suntikan dan pada masa sama, harus menanggung kesakitan semata-mata untuk kelihatan cantik.

Bagi yang bernasib baik, mereka akan mendapat hasil yang diidamkan namun ada juga kes wanita yang mendapat kesan sampingan selepas suntikan dilakukan.

Pemilik Spa D’Daun, Zalina Ibrahim, berkata sebelum mengambil suntikan, wanita dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu dan membuat pemeriksaan serta penelitian sama ada mereka benar-benar memerlukan suntikan vitamin C.

Ini kerana pengambilan dos yang tinggi tanpa kawalan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan membahayakan.

“Berbanding serum yang disapu daripada luar, suntikan akan terus masuk ke dalam salur darah dan memberi kesan kepada organ dalaman.

“Jika tersalah suntik, kita bukan saja terpaksa menanggung akibat seperti raut wajah sudah tidak seperti dulu, tetapi akan mengalami masalah radang pada kulit,” katanya.

Kecanggihan teknologi hari ini turut mewujudkan pelbagai pilihan bagi menggantikan suntikan vitamin C itu.

Spa berkenaan contohnya, turut memperkenalkan serum vitamin C bagi membantu wanita mengatasi tanda penuaan tanpa perlu menjalani proses suntikan pada wajah.

Zalina berkata, kebaikan vitamin C dalam dunia kecantikan tidak boleh disangkal dan boleh diumpamakan seperti ‘emas’ yang menjadi rebutan wanita bagi tujuan kecantikan.

Untuk itu, pihaknya membuat penyelidikan dan mendapati bahan semula jadi seperti buah-buahan sebenarnya kaya dengan vitamin C dan mempunyai kesan yang sama seperti melakukan suntikan terbabit.

Penyelidikan berkenaan membawa kepada pengenalan produk Natural Vitamin C Plus yang mengandungi ekstrak buah-buahan seperti oren, beri, strawberi di samping emulsi dan minyak jojoba bagi memberi kelembapan pada kulit wajah.

Zalina sebenarnya sudah lama menggunakan bahan ini dalam rawatan muka di spa miliknya, tetapi baru kini ia dikomersialkan.

“Melihatkan perubahan ketara pada wajah pelanggan terdahulu, saya mengambil keputusan untuk mengkomersialkannya dan memberi nama Natural Vitamin C Plus.

“Tidak seperti suntikan yang menyakitkan, cara penggunaan serum itu cukup mudah iaitu hanya sapukan di sekitar muka dan urut supaya bahan berkenaan meresap jauh ke dalam kulit.

“Serum ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur berbanding suntikan dan boleh dipakai sendiri di rumah sebelum tidur tanpa pengawasan pakar,” katanya.

Serum unik itu membantu memberi kelembapan berpanjangan pada kulit selain mengurangkan kedutan atau garis halus pada wajah.

Zalina berkata, apabila dibuka, serum itu perlu dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu kira-kira dua minggu kerana jika tidak kesannya akan berkurangan.

Harga serum itu juga berpatutan berbanding suntikan kerana ia mampu tahan sehingga tiga bulan.

Pemakaian yang konsisten dapat membantu mencerahkan dengan segera ton kulit yang gelap dan kusam, sekali gus menghilangkan tompok hitam.

“Serum ini dapat membantu membaiki struktur kulit serta menggalakkan pembentukan sel kolagen dan menganjalkan kulit.

“Ia dipakai sebelum tidur selepas mencuci muka tanpa perlu memakai bersama krim malam. Ramai yang sudah mencuba dan alhamdulillah, berpuas hati dengan hasil yang diterima,” katanya.

Kredit: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Serumlawanpenuaan/Article/index_html

Google Tag Search Result:

Kongsikan :

1 KOMEN

Tinggalkan Pesanan