Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Tanda-Tanda Penuaan, Rambut Katie Holmes Beruban

PADA usia yang sudah menginjak 34 tahun, Katie Holmes masih menunjukkan persona yang luar biasa. Bagaimanapun sama dengan wanita lain, dia juga mengalami masalah tanda-tanda penuaan.

Menurut laporan Dailymail, Katie yang muncul di New York pada Rabu lalu hadir dengan cukup bergaya namun di sebalik itu, rambutnya itu dilihat sudah beruban.

Bagaimanapun bekas isteri Tom Cruise yang penuh yakin dengan penampilannya itu bagaimanapun tidak menyedari foto rambutnya dirakam paparazi.

“Dia pasti tidak menyangka juru foto merakam rambutnya. Sayang sekali penampilan cantik Katie kurang sempurna gara-gara penggayaan rambut yang minima. Tambahan pula tiupan angin membuatkan rambutnya tidak teratur,” kata sumber.

Mungkin sedar dengan keadaan rambutnya yang sudah beruban, Katie masih yakin tampil seksi dengan seluar pendek hitam dipadankan dengan kemeja putih serta kot.

Sumber