Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Ibu Muda Dalam Pantang Ketagihan Syabu

KLUANG: Seorang ibu muda yang masih dalam pantang sanggup meninggalkan anaknya yang berusia sebulan di rumah, semata-mata melepaskan ketagihan syabu selain memadu asmara dengan kekasihnya sebelum dicekup dalam bilik rumah tumpangan dekat Simpang Renggam di sini, semalam.

Wanita berusia 19 tahun yang mempunyai seorang anak lagi berumur 18 bulan, didapati positif dadah ketika ujian saringan air kencing dilakukan pegawai Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK).

Ketika serbuan pada jam 2 pagi itu, ibu muda berkenaan bersama kekasihnya yang berusia 20 tahun didapati berada dalam keadaan mencurigakan tetapi dalam keadaan pintu bilik mereka terbuka.
Pemeriksaan lanjut yang dijalankan pegawai AADK yang menyertai operasi cegah maksiat menemui peralatan lengkap menghisap syabu di bilik itu.

Kekasihnya yang tidak bekerja itu turut didapati positif dadah sebelum kedua-duanya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi cegah maksiat itu dijalankan Majlis Agama Islam Daerah Kluang itu turut disertai Cawangan Penyiasatan Khas Tentera dari Kem Mahkota, Kluang bermula jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Jurucakap AADK yang menyertai operasi bersepadu berkenaan berkata, pasangan kekasih itu mendakwa mereka hanya berehat sebentar di bilik itu sementara menunggu rakan yang meminjam kenderaan mereka pulang ke situ.
“Kami menghubungi polis sebaik menemui peralatan menghisap syabu serta mendapati kedua-duanya positif dadah. Bagaimanapun, AADK tidak menemui sebarang dadah termasuk syabu dalam bilik berkenaan ketika pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Pasangan kekasih itu mendakwa bilik dan peralatan syabu itu disewa dan dimiliki rakan yang meminjam kenderaan, namun ujian air kencing mendapati mereka positif dadah menyebabkan mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Soal siasat mendapati wanita berkenaan ibu kepada dua anak dan dia masih dalam pantang kerana baru melahirkan anak bongsu hasil hubungan intim dengan kekasihnya itu. Wanita itu mendakwa sudah dibuang dan diabai keluarganya, sebaik kami meminta ibu bapanya hadir ke balai polis, ” katanya.

Pasangan kekasih itu akan didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Menagih Dadah 1983 dan boleh dihukum di mengikut Seksyen 6 akta sama, jika sabit kesalahan boleh diperintah menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah atau diletakkan bawah pengawasan selama dua tahun

One Response

Leave a Reply