Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Bolehkah Ibu Hamil Makan Buah Durian?

Ibu Hamil Makan Durian

Ya, dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.

Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.

Pantang Larang Tidak Makan Durian Semasa Kehamilan

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai samada durian selamat dimakan semasa hamil. Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat. Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat tradisional.

Google Tag Search Result: