Soalan
APAKAH hukum dan kesan apabila seseorang lelaki menelan air yang keluar daripada kemaluan wanita apabila melakukan hubungan seks?
Adakah ia memberi kesan buruk terhadap anak yang akan dilahirkan atau pada diri sendiri?
——-
Jawapan
Dalam pandangan Islam, hubungan seksual harus antara suami dan isteri perlu dirangsang sebelum persetubuhan dan sentuhan anggota kelamin isteri dengan lidah atau mulut tiada halangan jika itu yang diinginkan kedua-dua pihak.
Cecair daripada alat sulit wanita mempunyai tahap keasidan antara 3.8 hingga 4.5 dan ini akibat kandungan asid semula jadi asid acetic dan asid lactic selain asid lemak yang kandungannya berubah dari semasa ke semasa mengikut putaran haid wanita itu.
Cecair daripada alat kelamin wanita itu mengandungi lendir atau mucus, sel mukosa yang tertanggal, sel darah putih dan cecair atau ‘peluh’ yang dihasilkan oleh lapisan mukosa.
Pengeluaran cecair peluh tertakluk kepada tahap rangsangan seksual yang dialami wanita itu. Kandungan komponen dalam cecair alat sulit berbeza dari semasa ke semasa, mengikut putaran haid.
Awal lepas haid dan penghujung putaran haid sebelum haid, cecair kelamin mengandungi banyak sel daripada mukosa dan salur reproduktif dan juga sel darah putih.
Selain itu ada asid amino, urea, garam dan pelbagai protin dan logam seperti zat besi, selenium, magnesium dan zink. Bahan paling banyak ialah asid organik yang membuatkan rasa cecair alat sulit wanita macam ‘tiru’ iaitu masam!
Sesetengah wanita yang sangat teruja ketika menghayati seks oral juga akan menghasilkan cecair lebihan yang keluar daripada pepundi paraurethral.
Cecair ini mengandungi asid prostatik dan zink dan seakan-akan cecair daripada pundi prostat lelaki. Kepada wanita yang suka mengamalkan pengambilan jeruk, asam atau makanan mengandungi asid aromatik, bahan sama akan keluar.
Sumber: Emel (Thanks to Emmey)
Google Tag Search Result:
- kemaluan wanita (1671)
- kesan menelan air mani lelaki (166)
- hukum menelan air mani (139)










hukum nya?? harus ke……